Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kali Ke 329 Bil 1 Tahun 2023

Pada 24-25 Januari 2023 bersamaan 2-3 Rejab 1444H, telah diadakan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor Kali Ke-329 Bilangan 1/2023 yang dipengerusikan oleh Sohibus Samahah YB Dato’Haji Yahya Bin Ahmad, Mufti Negeri Johor, bersama-sama 9 orang Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor termasuk Setiausaha.

Bengkel Pengemaskinian Data MyPortfolio Melalui Sistem HRMIS

Bengkel Pengemaskinian Data MyPortfolio Melalui Sistem HRMIS telah diadakan selama tiga hari mulai 10-12 Januari 2023 di Jabatan Mufti Johor. Bengkel ini bertujuan untuk pelaporan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Sub Modul-Sub Modul yang berkenaan.

Lawatan Dato’ Mufti Negeri Johor Ke Masjed Jamek Parit Lapis Simis Seri Medan Batu Pahat, Johor

Pada 12 Januari 2023 bersamaan 19 Jamadilakhir 1444H Dato’ Haji Yahya bin Ahmad, Mufti Negeri Johor telah mengadakan lawatan dan tinjauan ke Masjed Jamek Parit Lapis Simis Seri Medan Batu Pahat, Johor.

Lawatan Dato’ Mufti Johor Ke Masjed Jamek Al-Mukmin, Kampung Melayu Chamek Kluang

Pada 12 Januari 2023 bersamaan 19 Jamadilakhir 1444H Dato’ Haji Yahya bin Ahmad, Mufti Negeri Johor telah mengadakan lawatan dan tinjauan ke Masjed Jamek Al-Mukmin, Kampung Melayu Chamek Kluang Johor.

Seminar Pendidikan Falak 2022M

8 Nov 2022M bersamaan 13 Rabiul Akhir 1444H.
Telah berlangsung dengan jayanya Seminar Pendidikan Falak 2022M anjuran Jabatan Mufti Johor dengan kerjasama Pusat Islam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Seramai 250 orang peserta telah terpilih untuk menyertai seminar kali ini terdiri daripada guru-guru Kementerian Pelajaran Malaysia, guru-guru agama kerajaan Johor, guru-guru takmir Negeri Johor dan kakitangan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Seminar telah dirasmikan oleh SS YB Dato’ Hj Ahmad Faisal bin Mohamed (Timbalan Mufti Johor) selaku wakil rasmi kepada Mufti Johor.