MAKLUMAT TERKINI
-
Jabatan Mufti Johor telah mengadakan lawatan penanda aras ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Arkib Negara Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 29 hingga 30 September 2026 bagi memperkukuh pengurusan penerbitan, rekod, arkib dan pendigitalan bahan.
Untuk maklumat lanjut mengenai lawatan penanda aras ini, sila layari Facebook rasmi Jabatan Mufti Johor. -
Kesemua lapan stesen pemantauan kualiti udara di Johor merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat setakat jam 8.00 pagi.
Sumber: Media Digital Johor (MDJ)
Pautan Sumber: Lihat hantaran asal Media Digital Johor (MDJ) -
TASHKENT, UZBEKISTAN – Pusat Tamadun Islam (ICC) Tashkent, Uzbekistan menjadi antara sumber inspirasi kepada Johor dalam usaha memelihara sejarah, warisan serta khazanah ilmu, sekali gus memanfaatkan peninggalan peradaban sebagai medium pendidikan, pembentukan jati diri dan pedoman generasi masa kini serta akan datang.
Maklumat lanjut mengenai lawatan ini boleh dirujuk menerusi hantaran Facebook rasmi Media Digital Johor (MDJ).
Sumber: Media Digital Johor (MDJ)
Kredit Foto: Media Digital Johor (MDJ) -
SEMINAR PENDIDIKAN FATWA NEGERI JOHOR 2026 (ZON UTARA)
SEGAMAT, 24 September 2026 – Jabatan Mufti Negeri Johor telah menganjurkan Seminar Pendidikan Fatwa Negeri Johor 2026 (Zon Utara) bertemakan “Penjelasan Fatwa Berkaitan Akidah dan Ibadah” bertempat di Dewan Serbaguna Taman Yayasan, Segamat.
Seminar ini melibatkan penyertaan masyarakat daripada lima daerah, iaitu Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Tangkak yang bertujuan meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap keputusan fatwa Negeri Johor, khususnya berkaitan pemeliharaan akidah dan pelaksanaan ibadah. -
Muat turun Takwim Miladi 2026 bersama Jadual Waktu Solat Negeri Johor.


















