Majlis Cerapan Rasmi Hilal Zulhijjah 1445H.

PONTIAN, 29 Zulkaedah 1445H | 7 Jun 2024M. Telah dilaksanakan Majlis Cerapan Rasmi Hilal Zulhijjah 1445H bertempat di Baitul Hilal Negeri Johor.
Majlis telah dihadiri oleh YB Tuan Hj. Mohd Fared bin Hj. Mohd Khaled (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Negeri Johor), SS Mufti Negeri Johor, YAA Ketua Hakim Syarie Negeri Johor, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor, Pegawai Daerah Pontian, YDP Majlis Perbandaran Pontian, SS Timbalan Mufti Negeri Johor, As-Sheikh Kadi-Kadi Daerah serta tetamu jemputan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaasin dan tahlil, taklimat cerapan dan diikuti dengan rukyah hilal Zulhijjah.
Sejurus selepas terbenamnya bulan di ufuk barat pada jam 8.02 malam, dapatan cerapan di lokasi Pontian Kecil dilaporkan ke Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja oleh SS Yang Berhormat Dato’ Haji Yahya bin Haji Ahmad selaku Pengerusi Jawatankuasa Rukyah Hilal Negeri Johor.

Kunjungan Hormat Timbalan Ketua Polis Negeri Johor

RABU 6 Jun 2024 bersamaan 27 Zulkaedah 1445H
Alhamdulillah pada 6 Jun 2024 (rabu) bersamaan 27 Zulkaedah 1445H, Jabatan Mufti Johor berbesar hati telah menerima kunjungan hormat daripada YDH DCP Afandi bin Senin, Timbalan Ketua Polis Negeri Johor dan Ustaz Mohd. Zamri bin Husin, Ketua Cawangan Agama Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Ibu Pejabat Kontijen Polis Johor serta ditemani As-Syeikh Tuan Hj Mohd Zaini bin Mohd Saleh di Jabatan Mufti Johor yang disambut oleh Sohibus Samahah Y.B. Dato’ Hj Yahya Bin Ahmad, Mufti Negeri Johor.
Di dalam pertemuan tersebut, Mufti Negeri Johor telah menyerahkan Sijil Fatwa berkenaan Kes Serangan yang terjadi di Balai Polis Ulu Tiram baru-baru ini kepada Timbalan Ketua Polis Negeri Johor.