Penyemakan Laman Web Jabatan Mufti Johor

Pada 21 September 2021 Selasa bersamaan 14 Safar 1443H Penyemakan Laman Web Jabatan Mufti Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Mufti Johor dan telah dipengerusikan oleh Sohibus Samahah Dato’ Haji Yahya bin Ahmad, Mufti Negeri Johor dan telah dihadiri oleh Ustaz Haji Mohd Azhar bin Samadun, Ketua Penolong Mufti Bahagian Rujukan Fatwa dan wakil setiap bahagian.

Penyemakan Laman Web telah dihadiri oleh Vendor Motion Digital iaitu Encik Hasif yang telah membangunkan semula Laman Web baru Jabatan Mufti Johor.

Mesyuarat Semakan Al-Quran Mushaf DYMM Sultan Johor Bil 2/2021

Jabatan Mufti Johor menganjurkan Mesyuarat Semakan Al-Quran Mushaf DYMM Sultan Johor Bil 2/2021 pada 26-28 Oktober 2021 bertempat di Lotus Desaru Beach Resort & SPA Kota Tinggi yang melibatkan 30 orang peserta bagi menyempurnakan penyemakan Mushaf DYMM Sultan Johor.

Mesyuarat Kemaskini Laman Web dan Facebook Jabatan Mufti Johor

Pada 4 Mac 2021 Khamis bersamaan 20 Rejab 1442H satu Mesyuarat Kemaskini Laman Web dan Facebook Jabatan Mufti Johor telah diadakan di Bilik Pusat Sumber Jabatan Mufti Johor.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Sohibus Samahah Dato’ Haji Ahmad Faisal bin Mohamad, Timbalan Mufti Johor dan telah dihadiri oleh Ustaz Haji Mohd Azhar bin Samadun, Ketua Penolong Mufti Bahagian Rujukan Fatwa dan wakil setiap bahagian.

Mesyuarat lebih membincangkan perancangan pembangunan laman web baru dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir bulan Disember 2021.

Program Tafaqquh Ilmi Di Pulau Aur Mersing Johor

Lawatan Masjid Pt Nibong

Lawatan Dan Tinjauan Timbalan Mufti Johor Ke Masjid Kg Bukit Banjar, Tangkak Johor Di Dalam Permohonan Naik Taraf Dan Turun Taraf Masjid (07032021)