Entries by webmaster

Mesyuarat Penyelarasan Program Tafaqquh Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Daerah Johor Bahru

Alhamdulillah, telah berlangsung Mesyuarat bagi Program Tafaqquh Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru. Mesyuarat ini telah dipengerusikan dan dihadiri oleh As-Syeikh Tuan Haji Zaini bin Mohd Salleh, Kadi Daerah Johor Bahru, serta Al-Fadhil Ustaz Haji Mohd Nazri bin Ali Al-Hafiz, Imam Daerah Johor Bahru, bersama para felo daripada Sekretariat Ahli […]

Lawatan Ke Masjid Bandar Tangkak

Rabu |24 Jun 2026 Alhamdulillah pada rabu yang lalu, Jabatan Mufti Johor telah melaksanakan satu sesi lawatan bagi permohonan fatwa berkaitan hukum iktikaf dan solat tahiyatul masjid di beranda dan kaki lima masjid. Lawatan ini diketuai oleh Sahibul Fadilah Tuan Hj. Baharin bin Jalal, Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Johor. Lawatan ini disambut […]

Lawatan Ke Surau Kampung Parit Raja Baroh, Gerisik, Tangkak

Rabu |24 Jun 2026 Alhamdulillah pada rabu yang lalu, Jabatan Mufti Johor telah melaksanakan satu sesi lawatan bagi permohonan fatwa penggunaan bangunan baru bagi Surau Kampung Parit Raja Baroh, Tangkak. Lawatan ini diketuai oleh Sahibul Fadilah Tuan Hj. Baharin bin Jalal, Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Johor. Lawatan ini disambut oleh Tuan Kadi […]

Mesyuarat Penyelarasan Program Pengukuhan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Di Sekolah-sekolah Negeri Johor Tahun 2026

Alhamdulillah, telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Program Pengukuhan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di Sekolah-Sekolah Dalam Negeri Johor bagi sesi tahun ini. Program penting ini dilaksanakan di bawah seliaan penuh Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan Jabatan Mufti Johor Mesyuarat yang penuh ukhuwah dan bermakna ini telah dipengerusikan oleh Sahibus Samahah YB Dato’ […]

Perbincangan Pelaksanaan Majlis Pengkisahan Sejarah Institusi Mufti Negeri Johor

PERBINCANGAN PELAKSANAAN MAJLIS PENGKISAHAN SEJARAH INSTITUSI MUFTI NEGERI JOHOR Isnin, 13 April 2026 | Dalam usaha memelihara dan mengangkat warisan sejarah institusi, Jabatan Mufti Johor menerima kunjungan hormat daripada Dr. Ariffin bin Santol, Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Johor. Kunjungan tersebut disambut oleh Pengerusi Sohibus Samahah Dato’ Haji Yahya bin Haji Ahmad, Mufti Negeri Johor […]

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor Bil.2/2026 Kali Ke-349

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor Bil. 2/2026 Kali ke-349 30 April 2026 bersamaan 12 Zulkaedah. Mesyuarat dipengerusikan oleh SS YB Dato’ Haji Yahya bin Ahmad bersama kehadiran Ahli-ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada para ulama, pakar dan pegawai berkaitan. Pelbagai perkara berkaitan hukum syarak, isu semasa umat Islam serta hal ehwal kefatwaan telah dibincangkan secara teliti […]

Program Fenomena Istwa’ A’dzam 2025M

PONTIAN | 28 Mei 2025M / 30 Zulkaedah 1446H – Jabatan Mufti Johor telah mengadakan program sempena Fenomena Istiwa’ A’zam bertempat di Sekolah Agama Kg. Parit Markom, Benut, Pontian, Johor. Program melibatkan guru-guru, pihak PIBG dan pelajar-pelajar darjah 4, 5 dan 6. Program telah dirasmikan oleh As-Sheikh Tuan Hj. Makhadir bin Abdan Al-Hafiz (Kadi Daerah […]

Program Pengukuhan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Alhamdulillah, pada 12 September 2025 telah berlangsung Program Pengukuhan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di Sekolah Kebangsaan Putra Utama. Perkongsian telah disampaikan oleh Ustaz Fathi Amsyar bin Aidiladha, Felo Sekretariat Ahli Sunnah Wal Jamaah, dengan sambutan yang amat baik daripada barisan pentadbir sekolah yang terdiri daripada guru-guru penolong kanan. Turut bersama-sama dalam majlis ini ialah […]

Program Pengukuhan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Di Sekolah-sekolah Negeri Johor

Pada hari Selasa, 2 September 2025, telah berlangsung Program Pengukuhan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah anjuran Jabatan Mufti Johor dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Sekolah yang menjadi lokasi pertama pelaksanaan program ini ialah SK Bukit Hampar, Segamat dengan penyertaan seramai 154 orang pelajar. Program dimulakan dengan ucapan aluan daripada Guru Besar SK Bukit Hampar, […]

Lawatan Ke Masjid Kampung Melayu Majidi, Johor Bahru

Rabu | 6 Ogos 2025 Alhamdulillah pada hari Rabu yang lepas, Jabatan Mufti Johor telah melaksanakan satu sesi lawatan bagi permohonan fatwa menggantikan kubah masjid bagi Masjid Kampung Melayu Majidi, Johor Bahru. Lawatan ini diketuai oleh Sahibus Samahah Dato’ Haji Yahya bin Ahmad, Mufti Negeri Johor dan diiringi oleh Sahibul Fadilah Tuan Hj. Baharin bin […]