Program Fenomena Istiwa’ A’dzam 1448h

PROGRAM FENOMENA ISTIWA’ A’DZAM 1448H

 16 Julai 2026 | 1 Safar 1448H

 Sekolah Agama Senai, Kulai

Alhamdulillah, Jabatan Mufti Johor dengan kerjasama Sekolah Agama Senai telah berjaya melaksanakan Program Fenomena Istiwa’ A’dzam yang melibatkan penyertaan para pelajar sekolah.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kepentingan arah kiblat dalam ibadah serta kaedah menentukan arah kiblat menggunakan bayang-bayang Matahari ketika berlakunya fenomena Istiwa’ A’dzam. Melalui penerangan dan aktiviti amali, para pelajar berpeluang memahami aplikasi ilmu falak dalam kehidupan seharian.

Semoga program seumpama ini dapat menyemai minat generasi muda terhadap ilmu falak Islam serta meningkatkan kefahaman mereka tentang kepentingan menentukan arah kiblat dengan tepat.

Fenomena Istiwa’ A’dzam 2026

FENOMENA ISTIWA’ A’DZAM 2026

Tarikh: 16 Julai 2026 / 1 Safar 1448 (Khamis)

Masa: 5.28 petang

Pada tarikh dan waktu tersebut, kedudukan Matahari berada tepat di atas Kaabah. Fenomena ini dikenali sebagai Istiwa’ A’dzam dan merupakan waktu terbaik untuk menyemak ketepatan arah kiblat.

Cara menyemak arah kiblat : 

✅ Tegakkan sebatang objek seperti kayu atau tiang di kawasan yang menerima cahaya Matahari.

✅ Tepat pada jam 5.28 petang, arah bayang-bayang objek yang terhasil menunjukkan arah yang bertentangan dengan Kaabah. Oleh itu, arah kiblat ialah arah yang bertentangan dengan bayang-bayang tersebut.

Manfaatkan peluang ini untuk memastikan arah kiblat di tempat kita adalah tepat.

“Semak Kiblat, Sempurnakan Ibadah.”

#infofalak #istiwaadzam

Majlis Cerapan Rasmi Hilal Zulhijjah 1447h

MAJLIS CERAPAN RASMI HILAL ZULHIJJAH 1447H.

Pontian, 17 Mei 2026 / 29 Zulkaedah 1447H – telah diadakan Majlis Rasmi Cerapan Hilal Zulhijjah 1447H bertempat di Baitul Hilal, Pejabat Daerah Pontian.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin, tahlil serta doa yang dipimpin oleh AF Ustaz Hj. Musa bin Muda Al-Hafiz (Imam Daerah Pontian)

Majlis dihadiri YB Tuan Haji Mohd Fared bin Mohd Khalid (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor) serta pimpinan utama agensi agama Negeri Johor, ketua-ketua jabatan, As-Sheikh Tuan-Tuan Kadi Daerah serta tetamu jemputan.

Sejuruh selepas terbenamnya bulan, SS Yang Berhormat Dato’ Haji Yahya bin Haji Ahmad (Mufti Negeri Johor) melaporkan dapatan cerapan ke Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

Jabatan Mufti Johor merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini

 

 

 

 

Majlis Cerapan Hilal Syawal 1447h / 2026m

MAJLIS CERAPAN HILAL SYAWAL 1447H / 2026M.

PONTIAN, 19 Mac 2026 | 29 Ramadan 1447H – Telah berlangsung Majlis Cerapan Hilal Syawal bagi menetapkan tarikh Hari Raya Aidilfitri 1447H  bertempat di Baitul Hilal Negeri Johor, Pontian.

Majlis cerapan rasmi ini, turut dihadiri oleh YB Tuan Haji Mohd Fared bin Mohd Khalid (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor) bersama tetamu jemputan. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaasin serta tahlil, diikuti sesi taklimat dan mencerap hilal Syawal.

Sejurus selesai proses cerapan, dapatan telah dilaporkan secara rasmi ke Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia oleh Sahibus Samahah Yang Berhormat Dato’ Hj Yahya bin Hj Ahmad (Mufti Negeri Johor).

Selamat menyambut Aidil Fitri 1447H.

تقبل الله منا ومنكم،وجعلنا من العائدين والفائزين.

 كل عام وأنتم  بخير.

Majlis Cerapan Ramsi Hilal Ramadan 1447H/2026M

MAJLIS CERAPAN RASMI HILAL RAMADAN 1447H / 2026M.

Pontian, 17 Februari 2026M | 29 Syaaban 1447H – Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1447H telah diadakan di Baitul Hilal Negeri Johor dengan kehadiran kepimpinan utama negeri serta para jemputan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaasin dan tahlil, diikuti taklimat cerapan dan sesi rukyah hilal Ramadan.

Sejurus selesai cerapan, dapatan telah dilaporkan secara rasmi ke Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia oleh Sahibus Samahah Yang Berhormat Dato’ Hj Yahya bin Hj Ahmad (Mufti Negeri Johor).

 

Program Fenomena Istwa’ A’dzam 2025M

PONTIAN | 28 Mei 2025M / 30 Zulkaedah 1446H – Jabatan Mufti Johor telah mengadakan program sempena Fenomena Istiwa’ A’zam bertempat di Sekolah Agama Kg. Parit Markom, Benut, Pontian, Johor.

Program melibatkan guru-guru, pihak PIBG dan pelajar-pelajar darjah 4, 5 dan 6. Program telah dirasmikan oleh As-Sheikh Tuan Hj. Makhadir bin Abdan Al-Hafiz (Kadi Daerah Pontian). Kemudian disampaikan sesi taklimat dan praktikal kaedah penentuan arah kiblat berpandukan fenomena Istiwa’ A’dzam.

Ini merupakan pengalaman bermakna terutamanya kepada pelajar-pelajar kerana dapat mengetahui keadah yang tepat dan mudah untuk menentukan arah kiblat.

Terima kasih kepada Ustazah Hjh. Aminah bte Akib (Guru Besar), Pejabat Kadi Daerah Pontian, Pejabat Pendidikan Agama Daerah Pontian, guru-guru dan pihak PIBG Sekolah Agama Kg. Parit Markom atas kerjasama yang diberikan.

 

Program Fenomena Istwa’ A’zam 2025M

PONTIAN | 28 Mei 2025M / 30 Zulkaedah 1446H – Jabatan Mufti Johor telah mengadakan program sempena Fenomena Istiwa’ A’zam bertempat di Sek. Agama Kg. Parit Markom, Benut, Pontian, Johor.

Program melibatkan guru-guru, pihak PIBG dan pelajar-pelajar darjah 4,5 dan 6.

Program telah dirasmikan oleh As-Sheikh Tuan Hj. Makhadir bin Abdan Al-Hafiz (Kadi Daerah Pontian). Kemudian disampaikan sesi taklimat dan praktikal kaedah penentuan arah kiblat berpandukan fenomena Istiwa’ A’dzam.

Ini merupakan pengalaman bermakna terutamanya kepada pelajar-pelajar kerana dapat mengetahui keadah yang tepat dan mudah untuk menentukan arah kiblat.

Terima kasih kepada Ustazah Hjh. Aminah bte Akib (Guru Besar), Pejabat Kadi Daerah Pontian, Pejabat Pendidikan Agama Daerah Pontian, guru-guru dan pihak PIBG Sekolah Agama Kg. Parit Markom atas kerjasama yang diberikan.

 

 

Majlis Rasmi Cerapan Hilal Zulhijjah 1446H

27 Mei 2025 | Baitul Hilal, Pejabat Daerah Pontian

Jabatan Mufti Johor telah mengadakan Majlis Rasmi Cerapan Hilal Zulhijjah 1446H  pada 29 Zulkaedah 1446H / 27 Mei 2025M bertempat di Baitul Hilal, Pejabat Daerah Pontian.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil yang dipimpin oleh AF Ustaz Hj Musa bin Muda (Imam Daerah Pontian), bagi memohon keberkatan dan kelancaran dalam urusan cerapan.

Majlis dihadiri oleh YB Tuan Hj. Mohd Farid bin Khalid (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor), SS YB Dato’ Hj. Yahya bin Hj. Ahmad (Mufti Negeri Johor), YAA YB Dato Hj. Mohd Khaldun bin Mohd Sharif (Ketua Hakim Syari’e Negeri Johor), Lsr Tuan Hj, Rosli bin Mohamed (Pengarah Jab. Ukur dan Pemataan Negeri Johor), Tuan Hj. Kamaludin bin Jamal (Peg. Daerah Pontian),  SS YB Dato’ Hj. Ahmad Faisal bin Mohamed (Timb. Mufti Johor), Tuan Hj. Hasrin Kamal bin Hashim (Ketua Peg. Eksekutif MAINJ), As-Sheikh Tuan Kadi-Kadi Daerah, wakil-wakil ketua jabatan dan tetamu jemputan.

Cerapan dilakukan menggunakan peralatan optik moden yang dikendalikan oleh pegawai Bhg. Falak Jab. Mufti Johor serta Jab. Ukur dan Pemetaan Negeri Johor bagi mencerap hilal sebagai penentu masuknya bulan Zulhijjah dalam takwim hijriah.

Pihak Jabatan Mufti Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis kali ini.

 

 

Fenomena Istiwa’ A’dzam Dan Semakan Arah Kiblat

Pada 28 Mei 2025 / 30 Zulkaedah 1446H (Rabu ini) – jam 5:16 petang InsyaAllah akan berlakunya fenomena Istiwa’ A’dzam.

Istiwa A’dzam ialah kedudukan Matahari tepat berada di atas Kaabah.

Fenomena ini berlaku dua kali dalam setahun. Oleh itu, seluruh umat Islam di Malaysia berpeluang untuk menyemak ketepatan arah kiblat di kediaman atau tempat masing-masing.

Kita boleh menyemak arah kiblat dengan menggunakan objek-objek tegak dan lurus sebagai alat pengukur bayang-bayang objek.

Tonton video panduan Istiwa’ A’dzam  pada pautan di bawah ini ;

https://youtu.be/N2o9Aa6ZBoY?si=Iw6NZoMT5lnfKUTe

Semoga bermanfaat.

 

Majlis Cerapan Rasmi Hilal Syawal 1446H/2025M

29 Ramadan 1446H | 30 Mac 2025M

PONTIAN, 29 Ramadan 1446H | 30 Mac 2025M. Telah dilaksanakan Majlis Cerapan Rasmi Hilal Syawal 1446H bertempat di Baitul Hilal Negeri Johor.

Majlis telah dihadiri oleh YB Tuan Hj. Mohd Fared bin Hj. Mohd Khaled (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Negeri Johor), SS Mufti Negeri Johor, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, YAA Ketua Hakim Syarie Negeri Johor, Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Johor, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor, Pegawai Daerah Pontian, SS Timbalan Mufti Negeri Johor, As-Sheikh Kadi-Kadi Daerah serta tetamu jemputan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaasin dan tahlil, taklimat cerapan dan diikuti dengan rukyah hilal Syawal.

Sejurus selepas terbenamnya bulan di ufuk barat pada jam 8.03 malam, dapatan cerapan di lokasi Pontian Kecil terus dilaporkan ke Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja oleh SS Yang Berhormat Dato’ Haji Yahya bin Haji Ahmad selaku Pengerusi Jawatankuasa Rukyah Hilal Negeri Johor.

Selamat menyambut Eidul Fitri 1446H.

#Syawal1446

تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال
وكل عام وأنتم بخير