Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1446H

PONTIAN, 29 Syaaban 1446H | 28 Febuari 2025M. Telah dilaksanakan Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1446H bertempat di Baitul Hilal Negeri Johor.

Majlis telah dihadiri oleh YB Tuan Hj. Mohd Fared bin Hj. Mohd Khaled (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Negeri Johor), SS Mufti Negeri Johor, YAA Ketua Hakim Syarie Negeri Johor, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor, Pegawai Daerah Pontian, SS Timbalan Mufti Negeri Johor, As-Sheikh Kadi-Kadi Daerah serta tetamu jemputan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaasin serta tahlil, taklimat cerapan dan diikuti dengan rukyah hilal Ramadan.

Sejurus selepas terbenamnya bulan di ufuk barat pada jam 7.43 malam, dapatan cerapan di lokasi Pontian Kecil dilaporkan ke Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja oleh SS Yang Berhormat Dato’ Haji Yahya bin Haji Ahmad selaku Pengerusi Jawatankuasa Rukyah Hilal Negeri Johor.

 

 

Podcast Bicara Santai Ramadan Bertajuk Fatwa Puasa dan Perubatan

26 Februari 2025 | Rabu

Alhamdulillah pada 26 Februari 2025 Jabatan Mufti Johor bersama Hospital Sultan Ismail Johor Bahru telah berjaya menganjurkan Podcast Bicara Santai Ramadan bertajuk Fatwa Puasa dan Perubatan. Program ini bertujuan untuk memberikan pencerahan mengenai hukum-hakam berkaitan puasa serta aspek perubatan dalam bulan Ramadan.

Podcast ini menampilkan barisan panel yang berpengalaman, termasuk Dr. Abdul Hazim bin A. Gafa selaku moderator, bersama Ustaz Haji Mohd Azhar bin Samadun dari KPM Bahagian Rujukan Fatwa Jabatan Mufti Johor, Ustazah Hajah Zanariah binti Mohd Don dari PHEI Bahagian Fatwa, serta Puan Nur Ain Suffia binti Syamsul Eamran, Pegawai Farmasi Hospital Sultan Ismail. Perbincangan meliputi fatwa dan fiqh berkaitan puasa, termasuk isu penggunaan ubat-ubatan, rawatan kesihatan, dan perkara yang membatalkan atau tidak membatalkan puasa.

Diharapkan podcast ini dapat memberikan manfaat kepada masyarakat dalam memahami fatwa dan hukum berkaitan puasa serta aspek perubatan yang sering menjadi persoalan. Dengan pencerahan daripada panel yang berpengalaman, diharapkan umat Islam dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih yakin dan berlandaskan ilmu yang sahih.

 


Kunjungan Hormat Delegasi dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Brunei Darussalam dan Universiti Teknologi Mara (UITM) Pasir Gudang

Selasa | 25 Januari 2025

Alhamdulillah, Jabatan Mufti Johor telah menerima Kunjungan Hormat Delegasi dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Brunei Darussalam dan Universiti Teknologi Mara (UITM) Pasir Gudang, yang disambut oleh SS YB Dato’ Haji Yahya bin Haji Ahmad, Mufti Johor dan pegawai-pegawai Jabatan Mufti Johor. Dalam ucapan pembukaannya, Mufti Negeri Johor telah menyatakan rasa berbesar hati dan mengalu-alukan kedatangan delegasi tersebut.

Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan, serta berkongsi maklumat berkaitan hal ehwal Islam antara institusi akademik dan pihak berautoriti agama.

Majlis diteruskan dengan sesi penerangan ringkas yang disampaikan oleh wakil dari Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), iaitu Ustaz Asraf bin Hashim selaku Penolong Pengarah Wakaf. Dalam sesi ini, beliau menerangkan mengenai peranan dan fungsi MAINJ dalam pengurusan wakaf, serta usaha-usaha yang dilaksanakan bagi memperkasa institusi wakaf di negeri Johor. Sesi ini memberi pencerahan kepada delegasi mengenai sistem wakaf yang diamalkan di negeri ini serta cabaran yang dihadapi dalam pengurusannya.

Majlis diakhiri dengan ucapan penutup serta sesi bergambar sebagai tanda penghargaan atas kunjungan yang telah diadakan. Keseluruhan kunjungan ini telah berlangsung dalam suasana mesra dan penuh manfaat, dengan harapan agar hubungan antara institusi berkaitan terus diperkukuhkan di masa akan datang.

 

Lawatan Mufti Johor Ke Masjid Kg Parit Awang, Yong Peng, Batu Pahat, Johor

Isnin | 24 Februari 2025

Alhamdulillah Jabatan Mufti Johor telah melaksanakan satu sesi lawatan bagi permohonan fatwa menggunakan bangunan baru Masjid Kg Parit Awang, Yong Peng, Batu Pahat, Johor.

Lawatan ini diketuai oleh Sahibus Samahah Dato’ Haji Yahya bin Ahmad, Mufti Negeri Johor dan diiringi oleh Sahibul Fadilah Tuan Haji Baharin Bin Jalal, Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Johor.

Lawatan ini disambut oleh Tuan Kadi Daerah Batu Pahat dan jawatankuasa masjid. Tujuan lawatan ini adalah memastikan semua perkara yang berkaitan dengan permohonan menggunakan bangunan baru masjid telah dipatuhi.

 



Lawatan Mufti Johor Ke Surau Nur Al-Iman, Kg Parit Karjan Darat, Sri Medan, Batu Pahat, Johor 

Isnin | 24 Februari 2025

Alhamdulillah Jabatan Mufti Johor telah melaksanakan satu sesi lawatan bagi permohonan fatwa menggunakan bangunan baru Surau Nur al-Iman Kg. Parit Karjan Darat, Sri Medan, Batu Pahat, Johor.

Lawatan ini diketuai oleh Sahibus Samahah Dato’ Haji Yahya bin Ahmad, Mufti Negeri Johor dan diiringi oleh Sahibul Fadilah Tuan Haji Baharin Bin Jalal, Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Johor.

Lawatan ini disambut oleh Tuan Kadi Daerah Batu Pahat dan jawatankuasa surau. Tujuan lawatan ini adalah memastikan semua perkara yang berkaitan dengan permohonan menggunakan bangunan baru surau telah dipatuhi.

 



Lawatan Mufti Johor Ke Masjid Jamek Parit Kemang, Batu Pahat, Johor

Alhamdulillah, pada hari ini Isnin, 24 Februari 2025, Jabatan Mufti Johor telah melaksanakan satu sesi lawatan bagi permohonan meroboh dan membina semula Masjid Jamek Parit Kemang, Batu Pahat, Johor.

Lawatan ini diketuai oleh Sahibus Samahah Dato’ Haji Yahya bin Ahmad, Mufti Negeri Johor dan diiringi oleh Sahibul Fadilah Tuan Haji Baharin Bin Jalal, Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Johor.

Lawatan ini disambut oleh Tuan Kadi Daerah Batu Pahat bersama Jawatankuasa masjid tersebut bagi memastikan semua perkara yang berkaitan dengan permohonan meroboh dan membina semula masjid tersebut telah dipatuhi.

 


Lawatan Mufti Johor ke Maahad Tahfiz Al-Jawahir Parit Kemang, Senggarang, Batu Pahat

Alhamdulillah, pada hari ini Isnin, 24 Februari 2025, Jabatan Mufti Johor telah melaksanakan satu sesi lawatan bagi permohonan kebenaran solat jumaat di Maahad Tahfiz Al-Jawahir, Parit Kemang, Senggarang, Batu Pahat, Johor.

Lawatan ini diketuai oleh Sahibus Samahah Dato’ Haji Yahya bin Ahmad, Mufti Negeri Johor dan diiringi oleh Sahibul Fadilah Tuan Haji Baharin Bin Jalal, Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Johor.

Lawatan ini disambut oleh Tuan Kadi Daerah Batu Pahat bersama Jawatankuasa Maahad Tahfiz dan pelajar-pelajar tahfiz tersebut bagi memastikan semua perkara yang berkaitan dengan permohonan kebenaran solat jumaat di Maahad Tahfiz tersebut telah dipatuhi.

 




Lawatan Mufti Johor ke Masjid Al-Hidayah Kampung Parit Haji Ali, Batu Pahat Johor

Isnin | 24 Februari 2025
Alhamdulillah Jabatan Mufti Johor telah melaksanakan satu sesi lawatan bagi permohonan fatwa menggunakan bangunan baru Masjid Al-Hidayah Kg. Parit Haji Ali, Batu Pahat Johor.

Lawatan ini diketuai oleh Sahibus Samahah Dato’ Haji Yahya bin Ahmad, Mufti Negeri Johor dan diiringi oleh Sahibul Fadilah Tuan Haji Baharin Bin Jalal, Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Johor.

Lawatan ini disambut oleh Tuan Kadi Daerah Batu Pahat dan jawatankuasa masjid. Tujuan lawatan ini adalah memastikan semua perkara yang berkaitan dengan permohonan menggunakan bangunan baru masjid telah dipatuhi.

 


Lawatan ke Surau Ar-Rayyan, Taman Pulai Perdana 2, Kulai

Alhamdulillah, pada hari ini 19 Februari 2025 , Jabatan Mufti Johor telah melaksanakan satu sesi lawatan bagi permohonan meroboh bangunan Surau ar-Rayyan, Taman Pulai Perdana 2, Kulai.

Lawatan ini diketuai oleh SF Tuan Haji Baharin Bin Jalal, Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Johor.

Lawatan ini pula disambut oleh wakil pegawai dari Pejabat Kadi Daerah Kulai bersama Jawatankuasa surau bagi memastikan semua perkara yang berkaitan dengan permohonan meroboh bangunan surau telah dipatuhi.

 


Lawatan ke Masjid Al-Hikmah Kampung Sungai Redan, Kota Tinggi

Alhamdulillah, pada hari ini 19 Februari 2025 , Jabatan Mufti Johor telah melaksanakan satu sesi lawatan bagi permohonan baik pulih bumbung Masjid Al-Hikmah, Kampung Sungai Redan, Kota Tinggi.

Lawatan ini diketuai oleh SF Tuan Haji Baharin Bin Jalal, Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Johor.

Lawatan ini pula disambut oleh wakil pegawai dari Pejabat Kadi Daerah Kota Tinggi bersama Jawatankuasa masjid bagi memastikan semua perkara yang berkaitan dengan permohonan baik pulih bumbung masjid telah dipatuhi.