Kursus Penentuan Arah Kiblat Siri 1/2024

SEGAMAT, 24 JULAI 2024M / 18 Muharram 1446H – Jabatan Mufti Johor dengan kerjasama Pejabat Kadi Daerah Segamat telah menganjurkan Kursus Penentuan Arah Kiblat bertempat di Dewan Seminar Masjid Jamek Bandar Segamat.
Kursus berkonsepkan teori dan praktikal berkaitan penentuan arah kiblat menggunakan kaedah cerapan matahari. Peserta juga didedahkan dengan isu-isu berkaitan falak yang sering menjadi persoalan masyarakat.
Seramai 150 orang telah mengikuti dengan jayanya terdiri daripada Imam Qaryah, Guru Takmir, Guru Al-Quran dan Guru Agama Daerah Segamat.
Perasmian penutupan kursus telah disempurnakan oleh As-Sheikh Tuan Haji Hamizan bin Sayuti (Kadi Daerah Segamat) sebagai wakil rasmi Sahibus Samahah Mufti Negeri Johor.

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor Kali Ke-339 Bil 4/2024

Pada hari Rabu 24 Julai 2024 bersamaan 18 Muharram 1446H, telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor kali ke 339 Bil 4/2024 bertempat di Hotel Fraser Place, Puteri Harbour,Iskandar Puteri Johor. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Sohibus Samahah YB Dato’ Haji Yahya Bin Ahmad, Mufti Negeri Johor, bersama-sama 9 orang Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor termasuk Setiausaha.
Pembentangan daripada Persatuan Anatomi Malaysia berkenaan “Silent Mentor” dibentangkan oleh Prof Madya Dr Madihah binti Rushidi (Timbalan Presiden Persatuan Anatomi Malaysia (MAA).
Pembentangan daripada Pengarah Institut Ahli Sunnah wal Jama’ah UTHM berkenaan dengan Garis Panduan Kuda Kepang di Negeri Johor dibentangkan oleh Ustaz Haji Mustafa Hayudin bin Abdul Khalim (Pengarah Institut Ahli Sunnah Jamaah (ISWAJ), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Dr Zainatul Nadra binti Zainol (Pensyarah Kanan Institut Ahli Sunnah Jamaah).