Majlis Cerapan Rasmi Hilal Syawal 1444H

Alhamdulillah pada 20 April 2023 bersamaan 29 Ramadan 1444H, telah berlangsung Majlis Cerapan Rasmi Hilal Syawal 1444H bertempat di Baitul Hilal Negeri Johor.

 Majlis dihadiri oleh YB Tuan Mohd Fared bin Mohd Khaled (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Negeri Johor), SS YB Mufti Negeri Johor, YAA Ketua Hakim Syarie Negeri Johor, Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Negeri Johor, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor, SS YB Timbalan Mufti Negeri Johor, As-Sheikh Kadi-Kadi Daerah serta tetamu jemputan.

 Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin dan tahlil, taklimat cerapan serta diikuti dengan rukyah hilal Syawal.

Selamat Hari Raya Eidul Fitri.

 

Taklimat Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)

11 April 2023 (Isnin) bersamaan 20 Ramadan 1444H – Taklimat Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) oleh Pegawai Perkeso telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Mufti Johor.

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang diperkenalkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 bertujuan memberi perlindungan kepada suri rumah yang mengalami kemalangan, penyakit atau apa-apa insiden semasa melakukan urusan berkaitan rumah tangga sehingga menyebabkan hilang upaya kekal atau keilatan yang menjejaskan keupayaan suri rumah untuk menguruskan rumah tangganya.

SKSSR juga melindungi suri rumah yang ditimpa penyakit atau keuzuran, di mana penyakit atau keuzuran tersebut diperakukan keilatannya oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan.

Lawatan Dato’ Timbalan Mufti Negeri Johor Ke Pusat Pelupusan Al-Quran di Yong Peng, Johor

9 April 2023 (Selasa) bersamaan 18 Ramadan 1444H – Timbalan Mufti Johor Dato’ Haji Ahmad Faisal bin Mohamed bersama pegawai dan kakitangan Jabatan Mufti Johor telah mengadakan lawatan dan tinjauan ke Pusat Pelupusan Al-Quran di Yong Peng, Johor.

Lawatan Dato’ Timbalan Mufti Negeri Johor Ke Surau Ar-Redha Parit Jeram Darat Bukit Gambir Tangkak, Surau Hj. Omar Kampung Parit Kadir Senggarang dan Surau Taman Kelisa Jaya Parit Raja, Batu Pahat, Johor

9 April 2023 (Selasa) bersamaan 18 Ramadan 1444H – Timbalan Mufti Johor Dato’ Haji Ahmad Faisal bin Mohamed bersama pegawai dan kakitangan Jabatan Mufti Johor telah mengadakan lawatan dan tinjauan ke tiga surau di sekitar Johor iaitu Surau A-Redha Parit Jeram Darat Bukit Gambir Tangkak, Surau Hj. Omar Kampung Parit Kadir Senggarang Batu Pahat dan Surau Taman Kelisa Jaya, Parit Raja Batu Pahat Johor.

Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1444H

Alhamdulillah pada 22 Mac 2023 bersamaan 29 Syaaban 1444H, Jabatan Mufti Johor telah mengadakan Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1444H bertempat di Baitul Hilal Negeri Johor.
Majlis dihadiri oleh YB Tuan Mohd Fared bin Mohd Khaled (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Negeri Johor), SS YB Mufti Negeri Johor, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, YAA Ketua Hakim Syarie Negeri Johor, Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Negeri Johor, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor, SS YB Timbalan Mufti Negeri Johor, As-Sheikh Kadi-Kadi Daerah serta tetamu jemputan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin dan tahlil, taklimat cerapan serta diikuti dengan rukyah hilal Ramadan.
Selamat berpuasa.

Kunjungan Hormat Daripada JUPEM

19 Mac 2023 / 26 Syaaban 1444H | Ahad
SS YB Dato’ Haji Yahya bin Haji Ahmad (Mufti Negeri Johor) telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Sr. Nazri bin Othman (Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia(JUPEM), Negeri Johor).
Pelbagai perkara dan isu telah dibincangkan dalam pertemuan tersebut termasuklah analisis data untuk cerapan rasmi hilal pada tahun ini.
Turut hadir dalam pertemuan tersebut SS YB Dato’ Haji Ahmad Faisal bin Mohamed (Timbalan Mufti Johor) serta pegawai-pegawai kanan daripada kedua-dua jabatan.