Test

test

Program Fenomena Istiwa’ A’dzam 1448h

PROGRAM FENOMENA ISTIWA’ A’DZAM 1448H

 16 Julai 2026 | 1 Safar 1448H

 Sekolah Agama Senai, Kulai

Alhamdulillah, Jabatan Mufti Johor dengan kerjasama Sekolah Agama Senai telah berjaya melaksanakan Program Fenomena Istiwa’ A’dzam yang melibatkan penyertaan para pelajar sekolah.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kepentingan arah kiblat dalam ibadah serta kaedah menentukan arah kiblat menggunakan bayang-bayang Matahari ketika berlakunya fenomena Istiwa’ A’dzam. Melalui penerangan dan aktiviti amali, para pelajar berpeluang memahami aplikasi ilmu falak dalam kehidupan seharian.

Semoga program seumpama ini dapat menyemai minat generasi muda terhadap ilmu falak Islam serta meningkatkan kefahaman mereka tentang kepentingan menentukan arah kiblat dengan tepat.

Fenomena Istiwa’ A’dzam 2026

FENOMENA ISTIWA’ A’DZAM 2026

Tarikh: 16 Julai 2026 / 1 Safar 1448 (Khamis)

Masa: 5.28 petang

Pada tarikh dan waktu tersebut, kedudukan Matahari berada tepat di atas Kaabah. Fenomena ini dikenali sebagai Istiwa’ A’dzam dan merupakan waktu terbaik untuk menyemak ketepatan arah kiblat.

Cara menyemak arah kiblat : 

✅ Tegakkan sebatang objek seperti kayu atau tiang di kawasan yang menerima cahaya Matahari.

✅ Tepat pada jam 5.28 petang, arah bayang-bayang objek yang terhasil menunjukkan arah yang bertentangan dengan Kaabah. Oleh itu, arah kiblat ialah arah yang bertentangan dengan bayang-bayang tersebut.

Manfaatkan peluang ini untuk memastikan arah kiblat di tempat kita adalah tepat.

“Semak Kiblat, Sempurnakan Ibadah.”

#infofalak #istiwaadzam

Lawatan Dan Tinjauan Rasmi Ke Surau Di Daerah Segamat

LAWATAN DAN TINJAUAN RASMI KE SURAU DI DAERAH SEGAMAT

Alhamdulillah pada hari Selasa lepas, 14 Julai 2026, Jabatan Mufti Johor telah melaksanakan sesi lawatan bagi permohonan naik taraf surau daerah Johor Bahru sebagaimana senarai tempat-tempat berikut: 

1. Surau an-Naim Taman Wawasan Labis, Segamat

2. Surau al-Muhajirin, Taman Yayasan, Segamat

Lawatan ini diketuai oleh Sahibus Samahah Dato’ Haji Ahmad Faisal bin Mohamed, Timbalan Mufti Johor dan diiringi oleh Sahibul Fadilah Tuan Haji Baharin bin Jalal, Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Johor. 

Lawatan ini disambut oleh Tuan Kadi Daerah Segamat, Pegawai Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau JAINJ, Penyelaras Masjid dan Surau serta ahli jawatankuasa surau. 

Tujuan lawatan ini adalah memastikan semua perkara yang berkaitan dengan permohonan naik taraf surau dapat dipatuhi sepenuhnya.

Lawatan Ke Masjid Taman Nusa Bayu, Johor Bahru

LAWATAN KE MASJID TAMAN NUSA BAYU, JOHOR BAHRU. 

Isnin | 13 Julai 2026

Alhamdulillah pada hari Isnin yang lalu, Jabatan Mufti Johor telah melaksanakan satu sesi lawatan bagi permohonan fatwa penggunaan bangunan baru bagi Masjid Taman Nusa Bayu, Johor Bahru. 

Lawatan ini diketuai oleh Sahibus Samahah Dato’ Haji Ahmad Faisal bin Mohamed, Timbalan Mufti Johor dan  diiringi oleh Sahibul Fadilah Tuan Hj. Baharin bin Jalal, Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Johor.

Lawatan ini disambut oleh Tuan Kadi Daerah Johor Bahru, Pegawai Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau JAINJ, Penyelaras Masjid dan Surau Daerah serta ahli jawatankuasa masjid. 

Tujuan lawatan ini adalah memastikan semua perkara yang berkaitan dengan permohonan fatwa menggunakan bangunan baru bagi masjid tersebut dapat dipatuhi sepenuhnya.

#lawatanmasjid

 

Tahniah Kepada YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi Atas Pelantikan Sebagai Menteri Besar Johor

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi atas pelantikan sebagai Menteri Besar Johor.

Semoga amanah dan tanggungjawab yang diberikan ini dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, integriti serta kebijaksanaan dalam menerajui pentadbiran Negeri Johor yang lebih maju, makmur dan berdaya saing, di samping memastikan kesejahteraan dan kemakmuran dapat dinikmati oleh seluruh Bangsa Johor.

Semoga Allah SWT mengurniakan petunjuk, kekuatan dan keberkatan dalam memimpin Negeri Johor Darul Ta’zim bagi tempoh lima tahun akan datang demi kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat. 

Tahniah dan selamat menjalankan tugas!

#MBJohor #MenteriBesarJohor #PosterJMJ

 

Lawatan Ke Surau Kampung Parit Stan, Benut, Pontian

LAWATAN KE SURAU KAMPUNG PARIT STAN, BENUT, PONTIAN

Rabu |8 Julai 2026

Alhamdulillah pada hari ini, Jabatan Mufti Johor telah melaksanakan satu sesi lawatan bagi permohonan fatwa kebenaran baik pulih dan menaik taraf Surau Kampung Parit Stan, Benut, Pontian. 

Lawatan ini diketuai oleh Sahibul Fadilah Tuan Hj. Baharin bin Jalal, Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Johor.

Lawatan ini disambut oleh Penyelaras masjid dan surau Daerah Pontian serta ahli jawatankuasa surau. 

Tujuan lawatan ini adalah memastikan semua perkara yang berkaitan dengan permohonan fatwa baik pulih dan menaik taraf bagi surau tersebut dapat dipatuhi sepenuhnya. 

     

 

Mesyuarat Penyelarasan Program Tafaqquh Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Daerah Johor Bahru

Alhamdulillah, telah berlangsung Mesyuarat bagi Program Tafaqquh Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan dan dihadiri oleh As-Syeikh Tuan Haji Zaini bin Mohd Salleh, Kadi Daerah Johor Bahru, serta Al-Fadhil Ustaz Haji Mohd Nazri bin Ali Al-Hafiz, Imam Daerah Johor Bahru, bersama para felo daripada Sekretariat Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Pembentangan kerta kerja oleh Ketua Felo Sekretariat Ahli Sunnah Wal Jamaah, Ustaz Esbi Islami bin Rifaie, berhubung cadangan pelaksanaan serta hala tuju Program Tafaqquh Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di peringkat daerah.
Semoga segala perancangan yang disusun dipermudahkan oleh Allah SWT serta menjadi wasilah dalam memperkukuhkan kefahaman dan penghayatan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam kalangan masyarakat demi melahirkan ummah yang berpegang teguh kepada al-Quran, al-Sunnah dan manhaj para salaf yang muktabar.
اللهم بارك لنا في أعمالنا، ووفقنا لما تحب وترضى.

Mesyuarat Penyelarasan Program Tafaqquh Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Daerah Johor Bahru

Selasa | 7 Julai 2026 | 21 Muharram 1448H

Mesyuarat Penyelarasan Program Tafaqquh Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Daerah Johor Bahru

Alhamdulillah, telah berlangsung Mesyuarat bagi Program Tafaqquh Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru. 

Mesyuarat ini telah dipengerusikan dan dihadiri oleh As-Syeikh Tuan Haji Zaini bin Mohd Salleh, Kadi Daerah Johor Bahru, serta Al-Fadhil Ustaz Haji Mohd Nazri bin Ali Al-Hafiz, Imam Daerah Johor Bahru, bersama para felo daripada Sekretariat Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Pembentangan kerta kerja oleh Ketua Felo Sekretariat Ahli Sunnah Wal Jamaah, Ustaz Esbi Islami bin Rifaie, berhubung cadangan pelaksanaan serta hala tuju Program Tafaqquh Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di peringkat daerah.

Semoga segala perancangan yang disusun dipermudahkan oleh Allah SWT serta menjadi wasilah dalam memperkukuhkan kefahaman dan penghayatan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam kalangan masyarakat demi melahirkan ummah yang berpegang teguh kepada al-Quran, al-Sunnah dan manhaj para salaf yang muktabar.

اللهم بارك لنا في أعمالنا، ووفقنا لما تحب وترضى.

 

 

Penganugerahan DPIM Distinguished Islamic Leadership Award 2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Sahibus Samahah Yang Berhormat Dato’ Haji Ahmad Faisal Bin Mohamed, Timbalan Mufti Johor di atas penganugerahan DPIM Distinguished Islamic Leadership Award 2026 sempena DPIM Business Excellence Award 2026.

Semoga penganugerahan ini menjadi inspirasi kepada masyarakat serta pemangkin untuk terus mencurahkan ilmu, kepakaran dan kepimpinan yang cemerlang demi kemajuan Negeri Johor.

Ikhlas daripada
SS YB Dato’ Haji Yahya bin Haji Ahmad
Mufti Negeri Johor
Pegawai serta warga kerja Jabatan Mufti Johor

#posterjmj