Majlis Cerapan Hilal Syawal 1447h / 2026m

MAJLIS CERAPAN HILAL SYAWAL 1447H / 2026M.

PONTIAN, 19 Mac 2026 | 29 Ramadan 1447H – Telah berlangsung Majlis Cerapan Hilal Syawal bagi menetapkan tarikh Hari Raya Aidilfitri 1447H  bertempat di Baitul Hilal Negeri Johor, Pontian.

Majlis cerapan rasmi ini, turut dihadiri oleh YB Tuan Haji Mohd Fared bin Mohd Khalid (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor) bersama tetamu jemputan. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaasin serta tahlil, diikuti sesi taklimat dan mencerap hilal Syawal.

Sejurus selesai proses cerapan, dapatan telah dilaporkan secara rasmi ke Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia oleh Sahibus Samahah Yang Berhormat Dato’ Hj Yahya bin Hj Ahmad (Mufti Negeri Johor).

Selamat menyambut Aidil Fitri 1447H.

تقبل الله منا ومنكم،وجعلنا من العائدين والفائزين.

 كل عام وأنتم  بخير.

Lawatan Dan Tinjauan Rasmi Bagi Permohonan Turun Taraf Surau Di Daerah Johor Bahru

LAWATAN DAN TINJAUAN RASMI BAGI PERMOHONAN TURUN TARAF SURAU DI DAERAH JOHOR BAHRU.

Alhamdulillah pada hari ini Isnin, 16 Mac 2026, Jabatan Mufti Johor telah melaksanakan sesi lawatan bagi permohonan turun taraf surau daerah Johor Bahru sebagaimana senarai tempat-tempat berikut: 

1. Surau Bilal Mahmood.

2. Surau JKR Kebun Teh.

3. Surau al-Muhajirin, Jalan Seri Perkasa ½, Taman Tampoi Utama.

4. Surau as-Solihin Flat 5, Jalan Ria 2/2 Taman Bukit Mewah.

5. Surau Nurul Iman, Taman Kenanga 12 Kastam.

Lawatan ini diketuai oleh Sahibus Samahah Dato’ Haji Ahmad Faisal bin Mohamed, Timbalan Mufti Johor dan diiringi oleh Sahibul Fadilah Tuan Haji Baharin bin Jalal, Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Johor. 

Lawatan ini disambut oleh Tuan Kadi Daerah Johor Bahru, Pegawai Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau JAINJ serta ahli jawatankuasa surau. 

Tujuan lawatan ini adalah memastikan semua perkara yang berkaitan dengan permohonan turun taraf surau dapat dipatuhi sepenuhnya.

#lawatanmasjiddansurau #timbalanmuftijohor

Lawatan Ke Masjid Ar-Raudhah As-Sakinah, Taman Pulai Emas, Kulai

LAWATAN KE MASJID AR-RAUDHAH AS-SAKINAH, TAMAN PULAI EMAS, KULAI

Rabu | 4 Mac 2026

Alhamdulillah pada hari ini, Jabatan Mufti Johor telah melaksanakan satu sesi lawatan bagi permohonan fatwa penggunaan bangunan baru bagi Masjid ar-Raudhah as-Sakinah, Taman Pulai Emas, Kulai.

Lawatan ini diketuai oleh Sahibus Samahah Dato’ Haji Yahya bin Ahmad, Mufti Negeri Johor dan  diiringi oleh Sahibul Fadilah Tuan Hj. Baharin bin Jalal, Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Johor.

Lawatan ini disambut oleh Tuan Kadi Daerah Kulai, Pegawai Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau JAINJ, Imam daerah Kulai dan ahli jawatankuasa masjid. 

Tujuan lawatan ini adalah memastikan semua perkara yang berkaitan dengan permohonan fatwa menggunakan bangunan baru bagi masjid tersebut dapat dipatuhi sepenuhnya.

#lawatanmufti

#jabatanmuftijohor #ihyaramadan

Program Ihya’ Ramadan Dan Agihan Bubur Lambuk Di Masjid Jamek Nur Saadah Felda Taib Andak, Kulai

PROGRAM IHYA’ RAMADAN DAN AGIHAN BUBUR LAMBUK DI MASJID JAMEK NUR SAADAH FELDA TAIB ANDAK, KULAI

Selasa, 3 Mac | 13 Ramadan 1447H

Alhamdulillah, Program Ihya’ Ramadan Dan Agihan Bubur Lambuk di Masjid Jamek Nur Saadah, Felda Taib Andak, Kulai disambut dengan penuh meriah dan semangat ukhuwah dengan kerjasama Jabatan Mufti Johor, Pejabat Kadi Daerah Kulai dan AJK Masjid Nur Saadah Felda Taib Andak Kulai. 

Seawal pagi, suasana meriah dengan penyediaan bubur lambuk oleh pegawai dan kakitangan Jabatan Mufti Johor, Pejabat Kadi Daerah Kulai dan  AJK Masjid Nur Saadah Felda Taib Andak sebagai simbol kebersamaan dan keberkatan Ramadan.

Tazkirah Ramadan telah disampaikan oleh Sohibus Samahah Dato’ Haji Yahya bin Haji Ahmad, Mufti Negeri Johor yang menekankan supaya mempertingkatkan amalan di bulan Ramadan. Program diteruskan dengan sumbangan kepada asnaf sebagai tanda keprihatinan dan tanggungjawab sosial terhadap mereka yang memerlukan. 

Seterusnya majlis berbuka puasa, solat maghrib berjamaah dan solat sunat gerhana telah dilakukan sebagai pelengkap dalam acara program ihya ramadan kali ini.

Semoga penganjuran program seperti ini terus menjadi platform menyemarakkan syiar Islam serta mengukuhkan ukhuwah dalam masyarakat.

#jabatanmuftijohor #ihyaramadan

PROGRAM BICARA SANTAI KLINIK FATWA RAMADAN

PROGRAM BICARA SANTAI KLINIK FATWA RAMADAN

4 Mac 2026 – Program Bicara Santai Klinik Fatwa Ramadan telah berlangsung dengan jayanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai.

Perkongsian ilmu disampaikan oleh Ustaz Fakhrurrazi bin Yusof, Ketua Penolong Mufti Bahagian Rujukan Fatwa dan Ustaz Mohd Naim bin Mohamed Sahair, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Rujukan Fatwa.

Sesi perkongsian memberi penekanan kepada hukum-hakam puasa serta isu-isu berkaitan tugasan harian, termasuk persoalan puasa dalam konteks pekerjaan beruniform, kerja syif dan situasi kecemasan. Sesi soal jawab yang interaktif membantu peserta memahami keringanan (rukhsah) yang diberikan syarak tanpa mengabaikan tanggungjawab menggantikan puasa jika diperlukan.

Program ini diharap menjadi pemangkin kepada peningkatan kefahaman agama dalam kalangan warga IPD, seterusnya menyemarakkan penghayatan Ramadan dengan lebih yakin dan berilmu.

#klinikfatwa

#jabatanmuftijohor