Program Fenomena Istwa’ A’dzam 2025M

PONTIAN | 28 Mei 2025M / 30 Zulkaedah 1446H – Jabatan Mufti Johor telah mengadakan program sempena Fenomena Istiwa’ A’zam bertempat di Sekolah Agama Kg. Parit Markom, Benut, Pontian, Johor.

Program melibatkan guru-guru, pihak PIBG dan pelajar-pelajar darjah 4, 5 dan 6. Program telah dirasmikan oleh As-Sheikh Tuan Hj. Makhadir bin Abdan Al-Hafiz (Kadi Daerah Pontian). Kemudian disampaikan sesi taklimat dan praktikal kaedah penentuan arah kiblat berpandukan fenomena Istiwa’ A’dzam.

Ini merupakan pengalaman bermakna terutamanya kepada pelajar-pelajar kerana dapat mengetahui keadah yang tepat dan mudah untuk menentukan arah kiblat.

Terima kasih kepada Ustazah Hjh. Aminah bte Akib (Guru Besar), Pejabat Kadi Daerah Pontian, Pejabat Pendidikan Agama Daerah Pontian, guru-guru dan pihak PIBG Sekolah Agama Kg. Parit Markom atas kerjasama yang diberikan.

 

Program Pengukuhan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Alhamdulillah, pada 12 September 2025 telah berlangsung Program Pengukuhan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di Sekolah Kebangsaan Putra Utama.

Perkongsian telah disampaikan oleh Ustaz Fathi Amsyar bin Aidiladha, Felo Sekretariat Ahli Sunnah Wal Jamaah, dengan sambutan yang amat baik daripada barisan pentadbir sekolah yang terdiri daripada guru-guru penolong kanan. Turut bersama-sama dalam majlis ini ialah Ustaz Esby Islami bin Rifai, Penolong Mufti Bahagian Fatwa, serta wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah Kulai, iaitu Ustaz Erman.

Program ini disertai oleh semua murid Tahun 6, dengan harapan agar ilmu yang dikongsikan dapat menambahkan kefahaman mereka dalam asas akidah Islam berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak sekolah atas kerjasama dan sambutan yang diberikan dalam menjayakan program ini.

 

Perarakan Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. Peringkat Negeri Johor 1447H/2025M

Dengan penuh rasa syukur dan cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., Jabatan Mufti Johor telah turut serta dalam perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. Peringkat Negeri Johor yang diadakan di Masjid Jamek Kluang di daerah Kluang.

Wakil kumpulan perarakan dari Jabatan Mufti Johor telah bersiap sedia seawal jam 6.30 pagi bagi menyertai program penuh barakah ini. Sepanjang perarakan, selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. bergema, menzahirkan kerinduan dan kecintaan umat Islam terhadap Baginda.

Sambutan ini bukan sekadar memperingati hari kelahiran Rasul junjungan, bahkan menjadi peluang untuk memperbanyakkan selawat serta meneladani akhlak Baginda yang mulia.

Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., sambil menghayati sabda Baginda:

Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ

 

 

Program Pengukuhan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Di Sekolah-sekolah Negeri Johor

Pada hari Selasa, 2 September 2025, telah berlangsung Program Pengukuhan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah anjuran Jabatan Mufti Johor dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Sekolah yang menjadi lokasi pertama pelaksanaan program ini ialah SK Bukit Hampar, Segamat dengan penyertaan seramai 154 orang pelajar.

Program dimulakan dengan ucapan aluan daripada Guru Besar SK Bukit Hampar, Tuan Ahmad Shamsul bin Tumijan, sebelum diteruskan dengan sesi ceramah oleh Ustaz Muhammad Syahrul bin Abd Rahman, Felo Sekretariat Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Penganjuran program ini membawa visi untuk mengukuhkan kefahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam kalangan para pelajar sekolah-sekolah di Negeri Johor, selain membina jati diri Muslim yang berpegang teguh kepada akidah yang benar serta berakhlak mulia.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang terlibat. Semoga usaha ini menjadi wadah penting dalam melahirkan generasi berilmu, beriman dan beramal soleh.

Video Rangkuman: https://youtu.be/OHQzoOiqzyQ?feature=shared