Majlis Cerapan Rasmi Hilal Syawal 1445H

PONTIAN, 29 Syawal 1445H | 9 April 2024M. Telah dilaksanakan Majlis Cerapan Rasmi Hilal Syawal 1445H bertempat di Baitul Hilal Negeri Johor.
Majlis telah dihadiri oleh YB Tuan Hj. Mohd Fared bin Hj. Mohd Khaled (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Negeri Johor), SS Mufti Negeri Johor, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, YAA Ketua Hakim Syarie Negeri Johor, Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Johor, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor, Pegawai Daerah Pontian, SS Timbalan Mufti Negeri Johor, As-Sheikh Kadi-Kadi Daerah serta tetamu jemputan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaasin dan tahlil, taklimat cerapan dan diikuti dengan rukyah hilal Syawal.
Sejurus selepas terbenamnya bulan di ufuk barat pada jam 7.45 malam, dapatan cerapan di lokasi Pontian Kecil terus dilaporkan ke Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja oleh SS Yang Berhormat Dato’ Haji Yahya bin Haji Ahmad selaku Pengerusi Jawatankuasa Rukyah Hilal Negeri Johor.

Mesyuarat Fatwa Negeri Johor Kali Ke-336 Bil 1/2024

Pada Selasa 6 Februari 2024 bersamaan 25 Rejab 1445H, telah diadakan Mesyuarat Fatwa Negeri Johor kali ke 336 Bil 1/2024 bertempat di Hotel Impiana, Senai Johor. Mesyuarat dipengerusikan oleh Sohibus Samahah YB Dato’ Haji Yahya Bin Ahmad, Mufti Negeri Johor, bersama-sama 9 orang Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor termasuk Setiausaha.

Mufti Bersama Masyarakat di Daerah Kluang

MACHAP, 4 April 2024 bersamaan 24 Ramadan 1445. Jelajah Program Mufti bersama masyarakat memasuki kali ke 2 untuk tahun 2024 dan kali ini telah berkunjung ke Masjid Ubudiyyah Kampung Seri Machap, Simpang Renggam.
Disebelah siang warga kerja Jabatan Mufti Johor bersama pegawai pentafsir daerah/imam daerah yg mewakili Persatuan Pegawai Agama Islam Negeri Johor bergotong-royong memasak bubur lambuk resepi istimewa ” Teluk Belangah” untuk diedarkan kepada masyarakat setempat. Manakala disebelah malam pula hadirin berpeluang untuk berbuka puasa bersama Timbalan Mufti Negeri Johor dan warga kerja Jabatan Mufti Johor.
Majlis dimulai dengan bacaan tahlil yang dipimpin oleh Al-Fadil Ustaz Syaker Naim bin Aris, Imam Daerah Kluang dan seterusnya Tausiah yang disampaikan oleh Sohibus Somahah YB. Dato’ Haji Ahmad Faisal bin Mohamed, Timbalan Mufti Negeri Johor. Turut hadir dalam majlis ini Assyeikh Haji Sabaruddin Bin Isnin Kadi daerah kluang,
Encik Razak Bin Saroni Ketua Kampung Perak dan rangkaian, Haji Zainal bin ahmad pengerusi masjid dan ahli kariah setempat.
Dalam majlis ini seramai 80 orang asnaf telah diraikan dengan penyampaian tunai bantuan hari raya dan bungkusan keperluan asas daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor. Dalam majlis tersebut juga seramai 10 orang anak yatim telah diraikan dengan pemberian duit raya yang disediakan oleh pihak masjid. Semoga dengan sedikit sumbangan ini mampu memberikan sinar kegembiraan untuk menyambut Aidilfitri yang bakal menjelma nanti.