Pengukuran Arah Kiblat Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

JOHOR BAHRU, 18 Mac 2024M | 7 Ramadan 1445H. Semakan dan pengukuran arah kiblat Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil telah dilakukan oleh Unit Kiblat, Bhg. Falak, Jabatan Mufti Johor yang turut dihadiri oleh pihak JKR Johor dan pihak yang berkaitan.
Semoga proses pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil ini berjalan lancar dan dapat dimanafaatkan oleh khususnya umat islam Negeri Johor.

Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1445H

PONTIAN, 29 Syaaban 1445H | 10 Mac 2024M. Telah dilaksanakan Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1445H bertempat di Baitul Hilal Negeri Johor.
Majlis telah dihadiri oleh YB Tuan Hj. Mohd Fared bin Hj. Mohd Khaled (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Negeri Johor), SS Mufti Negeri Johor, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, YAA Ketua Hakim Syarie Negeri Johor, Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Johor, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor, Pegawai Daerah Pontian, SS Timbalan Mufti Negeri Johor, As-Sheikh Kadi-Kadi Daerah serta tetamu jemputan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin dan tahlil, taklimat cerapan dan diikuti dengan rukyah hilal Ramadan.
Selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak.
كل عام وأنتم بخير

Lawatan Kerja Pusat Sumber Jabatan Mufti Johor Ke Jabatan Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru

JOHOR BAHRU, 5 Mac 2024
Satu lawatan kerja telah diadakan oleh Unit Pusat Sumber, Bahagian Rujukan Fatwa, Jabatan Mufti Johor ke Jabatan Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor. Seramai 5 orang pegawai dari kalangan kakitangan Bahagian Rujukan Fatwa, Jabatan Mufti Johor mengikuti lawatan kerja ini.
Lawatan ini bertujuan bagi menjalinkan suatu hubungan strategik di antara Unit Pusat Sumber Bahagian Rujukan Fatwa Jabatan Mufti Johor dan Jabatan Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor. Selain itu, program lawatan ini juga merupakan suatu mekanisma dalam membuat penilaian ke arah penambah baikan cara pengurusan dan pentadbiran pusat sumber yang lebih progressif dan dominan dalam merangka program-program yang bakal dianjurkan oleh Unit Pusat Sumber, Bahagian Rujukan Fatwa, Jabatan Mufti Johor.
Antara objektif lawatan kerja ini adalah;
• Mempelajari sistem pengurusan rekod dan seliaan bahan bacaan di Pusat Sumber Jabatan Mufti Johor
• Mendalami peranan pusat sumber agar dapat dicambahkan menerusi program-program secara efektif dan terancang pada masa-masa akan datang.
• Merancang susun atur dan keperluan aset pusat sumber untuk memaksimumkan peranan dan fungsi pusat sumber Jabatan Mufti Johor.
Rombongan telah diberi taklimat oleh Encik Yusrul bin Hisham, Ketua Syeksen Autimasi dan Seksyen Multimedia, Jabatan Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor berkenaan operasi jabatan serta rombongan telah didedahkan dengan Sistem Pengurusan Perpustakaan Baharu Sumber Terbuka yang dikenali sebagai OCEAN (Online Catalogue for Easy Access to Information).
Diharapkan dengan terjalinnya hubungan strategik antara Jabatan Mufti dan Jabatan Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor akan memacu Pusat Sumber Jabatan Mufti Johor ke arah pengurusan yang lebih berkesan.