Cerapan Gerhana Bulan Separa 2023M/1445H

JOHOR BAHRU, 29 Oktober 2023M / 14 RabiulAkhir 1445H(Ahad) – Bhg. Falak, Jabatan Mufti Johor telah melaksanakan cerapan bersempena fenomena Gerhana Bulan Separa 2023M/1445H.
Cerapan yang dilakukan di perkaranngan Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, Johor telah berjaya merakam imej fasa kemuncak gerhana bulan separa pada jam 4:14 pagi.
Imej yang berjaya dirakam pula menunjukkan anggaran 6% (peratus) permukaan bulan telah dilindungi oleh bayang-bayang umbra bumi pada fasa kemuncak (4:14 pagi) dan seterusnya beransur keluar daripada permukaan bulan sehingga jam 5:52 pagi.
Rakyat Malaysia bakal berpeluang menyaksikan semula fenomena ini pada 8 September 2025M akan datang, InsyaAllah.

Pogram Mufti Bersama Masyarakat Di Masjid Jamek Jalil Hassan Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang Johor

Alhamdulillah, Jabatan Mufti Johor telah berjaya melaksanakan Program Mufti Bersama Masyarakat Peringkat Daerah Johor Bahru pada hari ini Selasa 7 November 2023 bertempat di Masjid Jamek Jalil Hassan Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang Johor.
Program ini bermula dari jam 8.00 pagi dengan aktiviti gotong royong di tanah perkuburan dan pengukuran arah kiblat beberapa tempat seperti sekolah dan surau. Sebelah petang diadakan agihan barang keperluan kepada mereka yang memerlukan dan aktiviti sukan bersama penduduk. Kemuncak program ini selepas maghrib diadakan ceramah perdana oleh SS YB Dato’ Haji Yahya bin Ahmad Mufti Negeri Johor.
Program berakhir pada jam 10.30 malam. Semoga memberi manfaat kepada muslimin dan muslimat di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang Johor.