Bengkel Task Force Siri 3 Pengisian Fatwa Di Dalam Sistem Al-Irsyad 11-13 Julai 2023

Alhamdulillah, Jabatan Mufti Johor telah selesai menjayakan BENGKEL TEASK FORCE SIRI 3 PENGISIAN FATWA DI DALAM SISTEM AL-IRSYAD selama 3 hari bermula pada 11-13 Julai 2023 yang dihadiri oleh 30 orang peserta di kalangan pegawai dan kakitangan Jabatan Mufti Johor dengan sokongan bantuan Pegawai Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Bengkel yang bertujuan untuk pengemaskinian data fatwa untuk dimuatnaik dalam sistem online al-Irsyad. Bengkel ini telah dirasmikan oleh SS YB Dato’ Haji Ahmad Faisal bin Mohamed, Timbalan Mufti Negeri Johor. Semoga usaha ini dapat mempertingkatkan keyakinan umat Islam terhadap institusi fatwa di negeri Johor.

Forum Pengukuhan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Di Masjid Aljawaher Felda Air Tawar 4 Kota Tinggi, Johor

Alhamdulillah malam semalam 16 Julai 2023 Jabatan Mufti Johor telah berjaya melaksanakan Forum Pengukuhan Akidah Ahli Sunnah Waljamaah bertempat di Masjid Jawaher Felda Air Tawar 4 Kota Tinggi yang dihadiri oleh 400 orang peserta di kalangan penduduk setempat.

Forum tersebut dimoderatorkan oleh Ustaz Esby Islami bin Rifai, Penolong Mufti Bahagian Fatwa Bersama dua orang ahli panel iaitu SF Tuan Haji Bahrin bin Jalal, Ketua Penolong Bahagian Fatwa merangkap Setiausaha Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor dan AS-Syeikh Tuan Haji Mohd Zaini bin Mohd Salleh, Kadi Daerah Kota Tinggi.

Semoga forum ini dapat meningkatkan dan memperkukuh akidah ahli sunnah waljamaah aliran Al-Asyairah dan Al-Maturidiyyah khususnya di Daerah Kota Tinggi.

Program Fenomena Istiwa’ A’zam 2023

JOHOR BAHRU | 16 Julai 2023 – Jabatan Mufti Johor telah mengadakan program sempena Fenomena Istiwa’ A’zam bertempat di Sek Agama Taman Dahlia,Tampoi Johor melibatkan guru dan murid-murid darjah 5 dan 6.

Ini merupakan pengalaman pertama dan bermakna terutamanya kepada pelajar-pelajar kerana dapat mengetahui keadah yang tepat dan mudah untuk menentukan arah kiblat.

Terima kasih kepada Ustazah Kasmah bt Ayob (Guru Besar) dan pihak Sekolah Agama Taman Dahlia. Johor Bahru atas kerjasama yang diberikan.

Fenomena Istiwa’ A’zam merupakan peristiwa kedudukan matahari berada di atas kaabah pada waktu yang tertentu dan umat islam dapat menyemak serta menentukan arah kiblat pada waktu tersebut.

Kursus Penentuan Arah Kiblat (Siri Kedua) 2023

JOHOR BAHRU, 13 Julai 2023 – Jabatan Mufti Johor melalui Bhg. Falak telah menganjurkan Kursus Penentuan Arah Kiblat (Siri Kedua) pada 13 Julai 2023 / 24 Zulhijjah 1444 bertempat di Tanjong Puteri Golf Resort, Pasir Gudang.

Seramai 40 orang guru-guru agama kerajaan johor telah mengikuti dengan jayanya kursus pada kali ini.

Kursus Penentuan Arah Kiblat (Siri Pertama) 2023

JOHOR BAHRU, 4 JULAI 2023 – Jabatan Mufti Johor melalui Bhg. Falak telah menganjurkan Kursus Penentuan Arah Kiblat (Siri Pertama) pada 3-4 Julai 2023 / 14-15 Zulhijjah 1444 bertempat di Tanjong Puteri Golf Resort, Pasir Gudang.

Kursus berkonsepkan teori dan praktikal berkaitan penentuan arah kiblat menggunakan kaedah cerapan matahari dengan bimbingan Al-Fadhil Ustaz Haji Hardi bin Sadali dari Jabatan Mufti Selangor.

Seramai 40 orang pegawai dan kakitangan terdiri daripada Jabatan Mufti Johor dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor telah mengikuti dengan jayanya kursus pada kali ini.

Perasmian penutupan kursus telah disempurnakan oleh SS YB Dato’ Haji Yahya bin Haji Ahmad (Mufti Johor) dan turut bersama SS YB Dato’ Haji Ahmad Faisal bin Mohammed (Timb. Mufti Johor).

Kunjungan Hormat Timbalan Ketua Polis Negara 9 Julai 2023 (Ahad)

Alhamdulillah pada hari Ahad 9 Julai 2023 bersamaan 20 Zulhijjah 1444H, Jabatan Mufti Johor berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan bin Mydin Pitchay. Jabatan Mufti Negeri Johor yang diketuai oleh Sohibus Samahah YB Dato’ Haji Yahya bin Haji Ahmad, Mufti Negeri Johor telah menyambut ketibaan delegasi pada jam 9.00 pagi di pintu gerbang Pusat Islam Iskandar Johor.

Majlis turut dihadiri oleh Tuan Haji Jamaludin bin Haji A.Hamid (Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor), YAA Tuan Haji Muhammad Khaldun bin Mohamad Sharif (Ketua Hakim Syarie Negeri Johor), Tuan Haji Ismail bin Haji Abu (Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor, Tuan Haji Ahmad Wafi bin Abdullah (Pengarah Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Johor), pegawai-pegawai kanan serta kakitangan Jabatan Mufti Negeri Johor dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Jabatan Mufti Negeri Johor mengucapkan tahniah di atas pelantikan Datuk Seri Ayob Khan bin Mydin Pitchay sebagai Timbalan Ketua Polis Negara mulai 23 Jun 2023, dan mendoakan pasukan Polis DiRaja Malaysia terus cemerlang menjalankan amanah serta tanggungjawab mempertahankan keselamatan negara Malaysia.