Bengkel Pengemaskinian Pembangunan Laman Web Jabatan Mufti Johor

Pada 25, 26 dan 27 September 2022 Ahad,Isnin dan Selasa bersamaan 1 Rabiualawal 1444H satu Bengkel Pengemaskinian Laman Web Jabatan Mufti Johor telah diadakan di Hotel Sentral Johor Bahru.

Bengkel telah dirasmikan oleh Sohibus Samahah Dato’ Haji Ahmad Faisal bin Mohamad, Timbalan Mufti Johor dan telah dihadiri oleh Ustaz Haji Mohd Azhar bin Samadun, Ketua Penolong Mufti Bahagian Rujukan Fatwa dan seramai 15 orang kakitangan telah terlibat di dalam bengkel tersebut.

Penerangan laman web tersebut telah dibentangkan oleh Encik Zarir Hasif bin Waharudin dari Syarikat Motion Digital Technologies.

 

Lawatan Kunjungan Hormat Universiti Islam Antarabangsa ( UIA )

Pada 26 September 2022, Jabatan Mufti Johor telah menerima kunjungan hormat dari beberapa orang penyelidik dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bagi tujuan membincangkan beberapa isu untuk dibahas dan mendapat pandangan dari SS Timbalan Mufti Johor.

Program Mufti Bersama Masyarakat

Alhamdulillah, Pada hari ini Jumaat 26 hb Ogos 2022, Jabatan Mufti Johor telah mengadakan Program Mufti Bersama Masyarakat di Kampung Parit Maimon Parit Sulong Batu Pahat.
Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah Kuliah Sebelum Solat Jumaat, Pengukuran Arah Kiblat di tanah perkuburan dan Ceramah Perdana SS YB Dato’ Mufti Negeri Johor serta penyampaian sumbangan kepada asnaf. Program ini dirasmikan oleh YB Tuan Mohd Fared bin Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor.

Perbincangan Bersama Wakil Dari Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru Berkenaan Hukum Pendermaan Dan Pemindahan Organ

Jabatan Mufti Johor telah menerima kunjungan dari Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru seramai empat orang yang diketuai oleh Doktor Nor Diyanah binti Ahmad, Ketua Koordinator Unit Perolehan Organ Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru bagi mendapatkan penjelasan daripada Mufti Negeri Johor berkenaan Hukum Pemindahan dan Pendermaan Organ.

Bengkel Penyediaan Takwim Miladi Dan Data Solat Tahun 2023

Telah berlangsung dengan jayanya Bengkel Penyediaan Takwim Miladi Dan Data Solat Tahun 2023 pada 20-22 September 2022 anjuran Bahagian Falak Jabatan Mufti Johor.

Bengkel telah dirasmikan oleh SS YB Dato’ Hj Ahmad Faisal bin Mohamed (Timbalan Mufti Johor).

Mudahan takwim miladi & data solat tahun 2023 yang masih dalam proses penyediaan dapat dimanafaatkan untuk umat islam khusunya di Negeri Johor kelak.

 

Mesyuarat Fatwa Bersama ATM Jementah

Johor Bahru 20 September 2022 – Satu Mesyuarat Fatwa bersama ATM Jementah telah diadakan di sini. Mesyuarat diketuai oleh SS YB Dato’ Haji Yahya Bin Ahmad, Timbalan Mufti Negeri Johor SS YB Dato’ Haji Ahmad Faisal Bin Mohamed.

Majlis Cerapan Rasmi Hilal Syawal 1443H

Alhamdulillah pada 1 Mei 2022 bersamaan dengan 29 Ramadhan 1443H , Jabatan Mufti Johor telah mengadakan Majlis Cerapan Hilal Syawal 1443H bertempat di Bangunan Sultan Ismail Pontian Johor.

Majlis ini turut dihadiri oleh YB Mohd Fared bin Mohd Khaled Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Negeri Johor, YB Mufti Negeri Johor, SS YB Timbalan Mufti Negeri Johor, YB Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, serta wakil-wakil jabatan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin dan tahlil serta diikuti dengan rukyah hilal syawal.

Semoga amal ibadah di bulan ramadhan akan diterima Allah.

Majlis Cerapan Hilal Ramadhan 1443H

Alhamdulillah pada 1 April 2022 bersamaan dengan 28 Syaaban 1443H , Jabatan Mufti Johor telah mengadakan Majlis Cerapan Hilal Ramadhan 1443H bertempat di Bangunan Sultan Ismail Pontian Johor.

Majlis ini turut dihadiri oleh YB Mohd Fared bin Mohd Khaled Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Negeri Johor dan Isteri, SS Mufti Negeri Johor, YB Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, KPE MAINJ dan Ketua Hakim Syarie Negeri Johor serta wakil-wakil jabatan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin dan tahlil serta diikuti dengan rukyah hilal ramadhan.