Program Fenomena Istwa’ A’zam 2025M

PONTIAN | 28 Mei 2025M / 30 Zulkaedah 1446H – Jabatan Mufti Johor telah mengadakan program sempena Fenomena Istiwa’ A’zam bertempat di Sek. Agama Kg. Parit Markom, Benut, Pontian, Johor.

Program melibatkan guru-guru, pihak PIBG dan pelajar-pelajar darjah 4,5 dan 6.

Program telah dirasmikan oleh As-Sheikh Tuan Hj. Makhadir bin Abdan Al-Hafiz (Kadi Daerah Pontian). Kemudian disampaikan sesi taklimat dan praktikal kaedah penentuan arah kiblat berpandukan fenomena Istiwa’ A’dzam.

Ini merupakan pengalaman bermakna terutamanya kepada pelajar-pelajar kerana dapat mengetahui keadah yang tepat dan mudah untuk menentukan arah kiblat.

Terima kasih kepada Ustazah Hjh. Aminah bte Akib (Guru Besar), Pejabat Kadi Daerah Pontian, Pejabat Pendidikan Agama Daerah Pontian, guru-guru dan pihak PIBG Sekolah Agama Kg. Parit Markom atas kerjasama yang diberikan.

 

 

Lawatan Ke Masjid Felda Semenchu, Kota Tinggi, Johor

Rabu | 28 Mei 2025

Alhamdulillah pada hari ini, Jabatan Mufti Johor telah melaksanakan satu sesi lawatan bagi permohonan fatwa menggunakan bangunan baru bagi Masjid Felda Semenchu, Kota Tinggi, Johor.

Lawatan ini diketuai oleh  Sahibus Samahah Dato’ Haji Yahya bin Ahmad, Mufti Negeri Johor dan diiringi oleh Sahibul Fadilah Tuan Haji Baharin Bin Jalal, Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Johor.

Lawatan ini disambut oleh Tuan Kadi Daerah Kota Tinggi bersama jawatankuasa masjid. Tujuan lawatan ini adalah memastikan semua perkara yang berkaitan dengan permohonan menggunakan bangunan baru masjid telah dipatuhi.

 

 

Lawatan Ke Lapang Sasar Bumi Ke Udara, Tanjung Logok, Kota Tinggi, Johor

Alhamdulillah, pada hari ini Rabu, 28 Mei 2025, Jabatan Mufti Johor telah melaksanakan satu sesi lawatan bagi permohonan kebenaran solat jumaat di Lapang Sasar Bumi ke Udara, Tanjung Logok, Kota Tinggi, Johor.

Lawatan ini diketuai oleh Sahibus Samahah Dato’ Haji Yahya bin Ahmad, Mufti Negeri Johor dan diiringi oleh Sahibul Fadilah Tuan Haji Baharin Bin Jalal, Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Johor.

Lawatan ini disambut oleh Tuan Kadi Daerah Kota Tinggi bersama Jawatankuasa surau tersebut bagi memastikan semua perkara yang berkaitan dengan permohonan kebenaran solat jumaat telah dipatuhi.

 

 

Majlis Rasmi Cerapan Hilal Zulhijjah 1446H

27 Mei 2025 | Baitul Hilal, Pejabat Daerah Pontian

Jabatan Mufti Johor telah mengadakan Majlis Rasmi Cerapan Hilal Zulhijjah 1446H  pada 29 Zulkaedah 1446H / 27 Mei 2025M bertempat di Baitul Hilal, Pejabat Daerah Pontian.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil yang dipimpin oleh AF Ustaz Hj Musa bin Muda (Imam Daerah Pontian), bagi memohon keberkatan dan kelancaran dalam urusan cerapan.

Majlis dihadiri oleh YB Tuan Hj. Mohd Farid bin Khalid (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor), SS YB Dato’ Hj. Yahya bin Hj. Ahmad (Mufti Negeri Johor), YAA YB Dato Hj. Mohd Khaldun bin Mohd Sharif (Ketua Hakim Syari’e Negeri Johor), Lsr Tuan Hj, Rosli bin Mohamed (Pengarah Jab. Ukur dan Pemataan Negeri Johor), Tuan Hj. Kamaludin bin Jamal (Peg. Daerah Pontian),  SS YB Dato’ Hj. Ahmad Faisal bin Mohamed (Timb. Mufti Johor), Tuan Hj. Hasrin Kamal bin Hashim (Ketua Peg. Eksekutif MAINJ), As-Sheikh Tuan Kadi-Kadi Daerah, wakil-wakil ketua jabatan dan tetamu jemputan.

Cerapan dilakukan menggunakan peralatan optik moden yang dikendalikan oleh pegawai Bhg. Falak Jab. Mufti Johor serta Jab. Ukur dan Pemetaan Negeri Johor bagi mencerap hilal sebagai penentu masuknya bulan Zulhijjah dalam takwim hijriah.

Pihak Jabatan Mufti Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis kali ini.

 

 

Fenomena Istiwa’ A’dzam Dan Semakan Arah Kiblat

Pada 28 Mei 2025 / 30 Zulkaedah 1446H (Rabu ini) – jam 5:16 petang InsyaAllah akan berlakunya fenomena Istiwa’ A’dzam.

Istiwa A’dzam ialah kedudukan Matahari tepat berada di atas Kaabah.

Fenomena ini berlaku dua kali dalam setahun. Oleh itu, seluruh umat Islam di Malaysia berpeluang untuk menyemak ketepatan arah kiblat di kediaman atau tempat masing-masing.

Kita boleh menyemak arah kiblat dengan menggunakan objek-objek tegak dan lurus sebagai alat pengukur bayang-bayang objek.

Tonton video panduan Istiwa’ A’dzam  pada pautan di bawah ini ;

https://youtu.be/N2o9Aa6ZBoY?si=Iw6NZoMT5lnfKUTe

Semoga bermanfaat.

 

Lawatan Ke Surau Jalan Rawa, Perling, Johor Bahru

Alhamdulillah, pada hari ini Khamis, 15 Mei 2025, Jabatan Mufti Johor telah melaksanakan satu sesi lawatan bagi permohonan kebenaran solat jumaat di Surau Jalan Rawa, Perling, Johor Bahru.

Lawatan ini diketuai oleh Sahibus Samahah Dato’ Haji Yahya bin Ahmad, Mufti Negeri Johor dan diiringi oleh Sahibul Fadilah Tuan Haji Baharin Bin Jalal, Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Johor.

Lawatan ini disambut oleh Tuan Kadi Daerah Johor Bahru bersama Jawatankuasa surau tersebut bagi memastikan semua perkara yang berkaitan dengan permohonan kebenaran solat jumaat telah dipatuhi.

 

 

Lawatan Ke Surau As- Sya’rawi, Taman Mount Austin, Johor Bahru

Alhamdulillah, pada hari ini Khamis, 15 Mei 2025, Jabatan Mufti Johor telah melaksanakan satu sesi lawatan bagi permohonan kebenaran solat jumaat di Surau as-Sya’rawi,Taman Mount Austin, Johor Bahru.

Lawatan ini diketuai oleh Sahibus Samahah Dato’ Haji Yahya bin Ahmad, Mufti Negeri Johor dan diiringi oleh Sahibul Fadilah Tuan Haji Baharin Bin Jalal, Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Johor.

Lawatan ini disambut oleh Tuan Kadi Daerah Johor Bahru bersama Jawatankuasa surau tersebut bagi memastikan semua perkara yang berkaitan dengan permohonan kebenaran solat jumaat telah dipatuhi.

 

 

Lawatan Ke Tapak Pembangunan Surau Taman Melawati, Skudai, Johor

Alhamdulillah, pada hari ini Rabu, 14 Mei 2025, Jabatan Mufti Johor telah melaksanakan satu sesi lawatan bagi permohonan membina sebuah surau di Jalan Melawati 18, Taman Melawati, Skudai, Johor.

Lawatan ini diketuai oleh Sahibul Fadilah Tuan Haji Baharin Bin Jalal, Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Johor.

Lawatan ini disambut oleh wakil pegawai Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru bersama Jawatankuasa surau tersebut bagi memastikan semua perkara yang berkaitan dengan permohonan membina surau telah dipatuhi.

 

 

Lawatan Ke Surau Al Islah, Taman Dato’ Hajjah Fatimah Salim, Benut, Pontian, Johor

Alhamdulillah pada hari ini, Jabatan Mufti Johor telah melaksanakan satu sesi lawatan bagi permohonan fatwa menggunakan bangunan baru bagi Surau al Islah,Taman Dato’ Hajjah Fatimah Salim, Benut, Pontian, Johor.

Lawatan ini diketuai oleh  Sahibul Fadilah Tuan Haji Baharin Bin Jalal, Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Johor.

Lawatan ini disambut oleh wakil pegawai dari Pejabat Kadi Daerah Pontian dan ahli jawatankuasa surau. Tujuan lawatan ini adalah memastikan semua perkara yang berkaitan dengan permohonan menggunakan bangunan baru surau telah dipatuhi.

 

 

Lawatan Kerja Rasmi Ke Jabatan Mufti Kerajaan Brunei Darussalam

30 April 2025 | Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam. Deligasi Jabatan Mufti Johor yang diketuai oleh Sohibus Samahah Yang Berhormat Dato’ Haji Yahya bin Haji Ahmad (Mufti Negeri Johor), telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Jabatan Mufti Kerajaan Brunei Darussalam.

Deligasi telah disambut oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Negara Brunei Darussalam dan para pegawai. Tujuan utama lawatan ini adalah bagi usaha memperkukuhkan hubungan strategik antara institusi mufti serantau.

Lawatan ini diisi dengan sesi perbincangan ilmiah melibatkan isu-isu akidah semasa, khususnya dalam menangani cabaran fahaman ekstremis akidah yang mengancam kestabilan umat Islam di rantau Nusantara. Perbincangan turut memberi fokus kepada usaha memperteguh manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah melalui naratif akidah yang sahih dan berautoriti.

Dalam sesi lawatan ini juga, Jabatan Mufti Johor telah membentangkan Kertas Cadangan Program Pertukaran Pegawai Agama Sementara (PPPAS) antara kedua-dua institusi. Cadangan ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang penyelidikan dan pemantauan ajaran sesat serta memperluaskan kompetensi profesional pegawai agama melalui pertukaran pengalaman dan kepakaran antara institusi autoriti agama kerajaan Brunei dan Negeri Johor.

Untuk rekod, jalinan kerjasama dalam bidang kefatwaan di antara kerajaan Brunei dan Negeri Johor telah lama terjalin bermula pada 1 April 1962 apabila Kerajaan Johor telah bersetuju meminjamkan Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz menjadi mufti pertama di Negara Brunei Darussalam (yang kemudiannya dikenali dengan Yang Dimuliakan Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz) selama tiga tahun iaitu sehingga 31 Mac 1965. Kemudian beliau diperkenankan berkhidmat semula pada 08 Mac 1967 sehingga beliau kembali ke Rahmatullah pada 03 Februari 1993

Pada sebelah petang, delegasi turut berkesempatan mengadakan kunjungan ke Pusat Penyelidikan Mazhab Syafie (PPMS) yang bernaung di bawah pentadbiran Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA). Rombongan telah disambut mesra oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA.

Dalam sesi pertemuan tersebut, delegasi telah diberikan taklimat mengenai struktur pentadbiran UNISSA serta peranan dan fungsi khusus PPMS. Delegasi turut berpeluang berdialog secara langsung bersama pegawai-pegawai penyelidik, bertukar pandangan serta berkongsi pengalaman berkenaan isu-isu kontemporari.

Antara perkara yang menjadi fokus perbincangan adalah isu salah faham dalam kalangan masyarakat berkenaan kepentingan berpegang kepada Mazhab Syafie, yang menjadi pegangan utama di rantau ini. Pihak UNISSA turut membentangkan hasil kajian serta penerbitan ilmiah yang dihasilkan di bawah pengurusan PPMS, yang menjadi rujukan penting dalam pemerkasaan fiqh bermazhab di alam Melayu.

Semoga jalinan kerjasama seperti ini akan terus menyuburkan ukhuwah keilmuan dan memperkukuh peranan institusi agama dalam mendepani cabaran semasa umat Islam.