Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kali Ke 329 Bil 1 Tahun 2023

Pada 24-25 Januari 2023 bersamaan 2-3 Rejab 1444H, telah diadakan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor Kali Ke-329 Bilangan 1/2023 yang dipengerusikan oleh Sohibus Samahah YB Dato’Haji Yahya Bin Ahmad, Mufti Negeri Johor, bersama-sama 9 orang Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor termasuk Setiausaha.