Lawatan Ke Masjid Al-Qudus Kampung Sungai Melayu Johor Bahru

Selasa | 29 Julai 2025
Alhamdulillah pada hari ini, Jabatan Mufti Johor telah melaksanakan satu sesi lawatan bagi permohonan fatwa penutupan sementara Masjid al-Qudus Kampung Melayu, Johor Bahru bagi tujuan menaik taraf bumbung masjid.

Lawatan ini diketuai oleh Sahibus Samahah Dato’ Haji Yahya bin Ahmad, Mufti Negeri Johor. Lawatan ini disambut oleh Tuan Kadi Daerah Johor Bahru, pegawai-pegawai Bahagian Pengurusan Masjid dan ahli jawatankuasa masjid.

Tujuan lawatan ini adalah memastikan semua perkara yang berkaitan dengan permohonan fatwa penutupan sementara masjid bagi tujuan menaiktaraf bumbung masjid tersebut dapat dipatuhi sepenuhnya.

 

Program Tafaqquh Akidah Peringkat Daerah Segamat

Alhamdulillah, telah selesai berlangsungnya program “Tafaqquh Akidah Peringkat Daerah Segamat” semalam bertarikh 15 Julai 2025 bersamaan 19 Muharram muharram 1447 Hijriah bertempat di Masjid Jamek Segamat.

Program ini adalah satu bentuk kerjasama antara Jabatan Mufti Johor dengan Pejabat Kadi Daerah Segamat.

Program telah bermula dengan slot “Pengenalan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah” yang telah dibentangkan oleh Felo Sekretariat Ahli Sunnah Wal Jamaah, Al-Fadhil Ustaz Fathi Amsyar bin Aidiladha.

Majlis diteruskan selepas itu dengan pembentangan “Ajaran Yang Telah Diwartakan Sesat Atau Menyeleweng oleh Jabatan Mufti Johor”. Pembentangan disempurnakan oleh Sahibul Fadhilah, Tuan Haji Baharin bin Jalal yang merupakan Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Johor Johor.

Majlis dihadiri oleh imam-imam masjid dan juga ketua-ketua kampung dan bertujuan untuk memantapkan lagi akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam kalangan masyarakat di Segamat di samping menyekat sebarang ajaran yang bertentangan dan menyeleweng daripada akidah yang sebenar.

Antara intipati program adalah berkenaan pengenalan mazhab Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran Al-Asha’irah dan juga Al-Maturidiah serta pengenalan berkenaan Al-Imam Abu Hasan Al-Ash’ari dan juga Al-Imam Abu Mansur Al-Maturidi.

Di samping itu, turut diterangkan secara ringkas berkenaan ajaran-ajaran yang sesat dan menyeleweng daripada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti ajaran Syiah Wahabiah dan ajaran Millah Abraham serta ajaran-ajaran menyeleweng yang lain yang telah diwartakan sama ada sesat ataupun menyeleweng oleh Jabatan Mufti Johor.

Majlis yang telah bermula daripada pukul 8:00 pagi itu telah dirasmikan oleh Kadi Daerah Segamat As-Syeikh Tuan Haji Azhar bin Samadon dan tamat sepenuhnya pada pukul 12:30 tengah hari.

Semua hadirin yang datang telah memberikan maklum balas yang positif berkenaan input yang diterima pada program tersebut. Semoga program ini dapat dilaksanakan lagi di daerah-daerah yang lain di bawah seliaan negeri Johor sekaligus memantapkan serta memelihara akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi teras kepada pegangan rakyat johor negeri kita yang tercinta ini.

 

 

Lawatan Ke Surau Al-Ghufran, Bandar Bestari Perdana, Pasir Gudang, Johor Bahru

Rabu | 9 Julai 2025
Alhamdulillah pada hari ini, Jabatan Mufti Johor telah melaksanakan satu sesi lawatan bagi permohonan fatwa mendirikan solat jumaat di Surau al-Ghufran, Bandar Bestari Perdana, Pasir Gudang, Johor Bahru.

Lawatan ini diketuai oleh Sahibus Samahah Dato’ Haji Yahya bin Ahmad, Mufti Negeri Johor, dan diiringi oleh Sahibul Fadilah Tuan Haji Baharin Bin Jalal, Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Johor.

Lawatan ini disambut oleh Tuan Kadi Daerah Johor Bahru, pegawai-pegawai Bahagian Pengurusan Masjid dan ahli jawatankuasa surau. Tujuan lawatan ini adalah memastikan semua perkara yang berkaitan dengan permohonan fatwa mendirikan solat jumaat di surau tersebut dapat dipatuhi sepenuhnya.

 

 

Mesyuarat Penyelarasan Program Pengukuhan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Di Sekolah – Sekolah Negeri Johor

8 JULAI 2025 bersamaan 12 MUHARAM 1447H

Alhamdulillah mesyuarat anjuran Jabatan Mufti Johor bahagian Sekretariat Akidah berkenaan Program Pengukuhan Akidah di Sekolah-Sekolah Negeri Johor berjalan dengan lancar. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Yang Berhormat Dato’ Haji Ahmad Faisal bin Mohamed dihadiri wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Ustaz Mohmad Hakim bin Sohali, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Islam dan Tuan Mohd Khairi bin Mabiai, Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Islam.

Program Pengukuhan Akidah di Sekolah-Sekolah Negeri merupakan salah satu insiatif oleh Jabatan Mufti Johor untuk memperkukuh akidah umat Islam di Negeri Johor melalui pendedahan awal dari peringkat sekolah.

 

 

Lawatan Ke Surau An-Nur Kampung Sinaran Baru, Jalan Kempas Lama, Johor

Selasa | 8 Julai 2025

Alhamdulillah pada hari semalam, Jabatan Mufti Johor telah melaksanakan satu sesi lawatan bagi permohonan menaiktaraf Surau An-Nur, Kampung Sinaran Baru, Jalan Kempas Lama, Johor kepada masjid.

Lawatan ini diketuai oleh Sahibus Samahah Dato’ Haji Yahya bin Ahmad, Mufti Negeri Johor, dan diiringi oleh Sahibul Fadilah Tuan Haji Baharin Bin Jalal, Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Johor.

Lawatan ini disambut oleh Tuan Kadi Daerah Johor Bahru, pegawai-pegawai Bahagian Pengurusan Masjid dan ahli jawatankuasa surau. Tujuan lawatan ini adalah memastikan semua perkara yang berkaitan dengan permohonan menaiktaraf surau kepada masjid dapat dipatuhi sepenuhnya.

 

 

Lawatan Ke Surau Batu 10 Kampung Mawai Baru, Kota Tinggi, Johor

Khamis | 3 Julai 2025

Alhamdulillah pada hari khamis yang lepas, Jabatan Mufti Johor telah melaksanakan satu sesi lawatan bagi permohonan fatwa menggunakan bangunan baru bagi Surau Batu 10 Kampung Mawai Baru, Kota Tinggi, Johor.

Lawatan ini diketuai oleh  Sahibul Fadilah Tuan Haji Baharin Bin Jalal, Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Johor.

Lawatan ini disambut oleh wakil pegawai dari Pejabat Kadi Daerah Kota Tinggi dan ahli jawatankuasa surau. Tujuan lawatan ini adalah memastikan semua perkara yang berkaitan dengan permohonan menggunakan bangunan baru surau telah dipatuhi.