Penentuan Arah Kiblat Di Penjara Kluang

6 Feb 2024 / 25 Rejab 1445 | Bhg. Falak, Jab. Mutti Johor telah melaksanakan permohonan arah kiblat untuk Penjara Kluang.
Sebanyak 63 lokasi penentuan dan penandaan arah kiblat telah dilakukan meliputi seluruh kawasan untuk kakitangan dan penghuni Penjara Kluang.

Lawatan Dan Tinjauan Rasmi Jabatan Mufti Johor

Alhamdulillah pada 5 Feb 2024 (Isnin) bersamaan 24 Rejab 1445H, Jabatan Mufti Johor telah mengadakan lawatan dan tinjauan rasmi ke daerah Kluang Johor bagi menyempurnakan 2 permohonan fatwa :-
1. Permohonan Fatwa mendirikan solat jumaat di Surau Jannatul al-Khaidari Pusat Reintegrasi Penghuni Kluang.
2. Permohonan Fatwa membina dan menyiapkan sebuah bangunan masjid di Taman Tiara Perdana Mukim Ulu Benut, Simpang Renggam Kluang Johor.

Lawatan Dan Perbincangan Berkaitan Pembangunan ICT Sekretariat ASWAJA Jabatan Mufti Johor

Alhamdulillah Jabatan Mufti Johor telah membuat kunjungan hormat ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada hari Selasa, 30 Januari 2024. Rombongan ini diketuai oleh SF Tuan Haji Baharin bin Jalal, Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa, Tuan Haji Mohd Azhar bin Samadun, Penolong Mufti Bahagian Rujukan Fatwa, Ustaz Esby Islami bin Rifai dan kakitangan Jabatan Mufti Johor seramai 4 orang. Kunjungan kami ke Pusat Pembelajaran Maya disambut baik oleh En Hemmy bin Abd Jalal Pegawai Teknologi Maklumat, Ts.Hazli bin Roslan, Ketua Pendigital Kandungan serta kakitangan UTHM.
Lawatan ini bertujuan untuk mengadakan perbincangan berkaitan pengurusan ICT seperti Perpustakaan Digital, smart classroom dan studio rakaman. Seterusnya mengadakan lawatan ke Studio Maya dan diakhiri dengan sesi bergambar.
Semoga kunjungan ini akan memberikan manfaat yang berkekalan dan memperkukuhkan lagi hubungan baik di antara kedua-dua pihak. Terima kasih atas kerjasama dan sambutan yang diberikan.