Lawatan Kerja Jabatan Mufti Negeri Sembilan Ke Jabatan Mufti Johor

Jabatan Mufti Johor telah menerima kunjungan dari Jabatan Mufti Negeri Sembilan pada 24 November 2022 (Khamis) yang diketuai oleh Sahibul Fadilah, Ustaz Amran Awaludin, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus bersama  Ahli Jawatankuasa Fatwa Kerajaan Negeri Sembilan, Ahli Jawatankuasa Isu-Isu Kontemporari Islam Negeri Sembilan serta kakitangan Jabatan Mufti Negeri Sembilan.

Lawatan kerja ini disambut oleh Mufti Negeri Johor Darul Takzim SS YB Dato’ Haji Yahya Bin Ahmad, Timbalan Mufti Negeri Johor SS YB Dato’ Haji Ahmad Faisal Bin Mohamed serta pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Mufti Johor.

 

Bengkel Penggubalan Dan Pimpinan Al-Quran Dan Tafsir Khas Mushaf Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor

Jabatan Mufti Johor telah menganjurkan Bengkel Penggubalan Dan Pimpinan Al-Quran Dan Tafsir Khas Mushaf Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor pada 30 Oktober hingga 1 November 2022 bertempat di Copthorne Hotel Cameron Hingland Pahang yang melibatkan 25 orang peserta bagi menyempurnakan penyemakkan Mushaf DYMM Sultan Johor.