Majlis Cerapan Rasmi Hilal Zulhijjah 1444H

Alhamdulillah pada 18 Jun 2023 bersamaan 29 Zulkaedah 1444H, telah berlangsung Majlis Cerapan Rasmi Hilal Zulhijjah 1444H bertempat di Baitul Hilal Negeri Johor.
Majlis dihadiri oleh SS YB Mufti Negeri Johor, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, YAA Ketua Hakim Syarie Negeri Johor, Pegawai Daerah Pontian, SS YB Timbalan Mufti Negeri Johor, As-Sheikh Kadi-Kadi Daerah serta tetamu jemputan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin dan tahlil, taklimat cerapan serta diikuti dengan cerapan hilal Zulhijjah.

Bengkel Task Force Siri 2 Pengisian Fatwa Di Dalam Sistem Al-Irsyad 13-25 Jun 2023

Alhamdulillah, Jabatan Mufti Johor telah selesai menjayakan BENGKEL TASK FORCE SIRI 2 PENGISIAN FATWA DI DALAM SISTEM AL-IRSYAD selama 3 hari bermula pada 13-15 Jun 2023 yang dihadiri oleh 30 orang peserta di kalangan pegawai dan kakitangan Jabatan Mufti Johor dengan sokongan bantuan Pegawai Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Bengkel yang bertujuan untuk pengemaskinian data fatwa untuk dimuatnaik dalam sistem online al-Irsyad. Bengkel ini telah dirasmikan oleh SS YB Dato’ Haji Ahmad Faisal bin Mohamed, Timbalan Mufti Negeri Johor. Semoga usaha ini dapat mempertingkatkan keyakinan umat Islam terhadap institusi fatwa di negeri Johor.