Lawatan Dan Tinjauan Rasmi Oleh YB SS Dato’ Timbalan Mufti Negeri Johor Di Dalam Permohonan Fatwa Pembukaan Tapak Perkuburan Islam Bandar Sri Impian, Kluang Johor

Alhamdulillah pada 23 Januari 2024 (Selasa) bersamaan 11 Rejab 1445H-Jabatan Mufti Johor telah mengadakan lawatan dan tinjauan rasmi ke Kluang Johor untuk Permohonan Fatwa Pembukaan Tapak Wakaf Perkuburan Islam di Bandar Sri Impian, Kluang yang diketuai YB SS Dato’ Hj. Ahmad Faisal bin Mohamed (Timbalan Mufti Negeri Johor), SF Tuan Hj. Baharin bin Jalal (Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa) bersama pegawai dan kakitangan Jabatan Mufti Johor.

“15 Minit Integrity First”

Sebagai menyahut kempen “Integrity First” anjuran Unit Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Jabatan Mufti Johor pada 15 Januari 2023 telah menganjurkan program “15 Minit Integrity First” yang telah disertai oleh keseluruhan warga kerja Jabatan Mufti Johor.
Perkongsian informasi berkaitan integriti telah disampaikan oleh Tn. Hj. Mohd Mahzan bin Ibrahim Al-Hafiz selaku Pegawai Integriti di Jabatan Mufti Johor.
Program diakhiri dengan bacaan Ikrar Bebas Rasuah yang diketuai oleh SS YB Dato’ Hj. Ahmad Faisal bin Mohamed (Timbalan Mufti Negeri Johor), dan seterusnya majlis menandatangani ikrar telah disaksikan oleh SS YB Dato’ Hj. Yahya bin Hj. Ahmad (Mufti Negeri Johor).

LAWATAN MASJID DAN SURAU

Alhamdulillah pada 8 Januari 2024 (Isnin) bersamaan 26 Jamadilakhir 1445H-Jabatan Mufti Johor telah mengadakan lawatan dan tinjauan ke Masjid Kampung Parit Lapis Simis Mukim 18 Sri Medan, Batu Pahat yang diketuai SF Tuan Haji Baharin bin Jalal, Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa bersama pegawai dan kakitangan Jabatan Mufti Johor. Lawatan ini bertujuan untuk mengetahui status dan perkembangan terkini masjid tersebut.