Mesyuarat Mushaf Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim

30 September 2024 | Isnin
Jabatan Mufti Johor telah mengadakan satu mesyuarat bagi melengkapkan penyediaan Mushaf Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bertempat di Dewan Multaqa Dato’ Syed Salim Ahmad Al-Attas. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh SS YB Dato’ Haji Yahya bin Haji Ahmad Mufti Negeri Johor dan dihadiri oleh Jawatankuasa terpilih.
Mesyuarat ini membincangkan beberapa perkara penting, termasuklah penetapan isi-isi terakhir dalam penyusunan mushaf Al-Quran tersebut, dengan meneliti serta menyempurnakan segala aspek tafsiran dan penyampaian makna yang tepat. Selain itu, pemilihan warna kulit mushaf juga menjadi fokus perbincangan, di mana keputusan dibuat bagi memastikan ia selaras dengan menjaga kemuliaan Al-Quran yang bakal diterbitkan.

Kunjung Hormat SS YB Dato’ Mufti Negeri Johor Ke Pejabat Mufti Negara Singapura

Alhamdulillah kesyukuran dirakamkan kepada Allah Subhanahu WaTa’ala, semalam 19 Ogos 2024, Jabatan Mufti Johor dapat melaksanakan kunjung hormat ke Pejabat Mufti Negara Singapura. Kunjung Hormat diketuai oleh SS YB Dato’ Haji Yahya bin Ahmad, Mufti Negeri Johor bersama 9 orang delegasi.

Delegasi Jabatan Mufti Johor telah disambut oleh SS Dr. Naziruddin bin MD Nasir Mufti Negara Singapura bersama pegawai-pegawai Pejabat Mufti Negara Singapura.

Delegasi telah dibawa melawat galeri pameran MUIS dan Falak. Delegasi juga telah diberi taklimat berkaitan MUIS, pengurusan fatwa dan falak di Singapura. Kunjung hormat pada kali ini memfokuskan perbincangan berkaitan pengurusan falak antara kedua-dua pihak.
Kunjung hormat ini diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati dan sesi bergambar.