Podcast Bicara Santai Ramadan Bertajuk Fatwa Puasa dan Perubatan
26 Februari 2025 | Rabu
Alhamdulillah pada 26 Februari 2025 Jabatan Mufti Johor bersama Hospital Sultan Ismail Johor Bahru telah berjaya menganjurkan Podcast Bicara Santai Ramadan bertajuk Fatwa Puasa dan Perubatan. Program ini bertujuan untuk memberikan pencerahan mengenai hukum-hakam berkaitan puasa serta aspek perubatan dalam bulan Ramadan.
Podcast ini menampilkan barisan panel yang berpengalaman, termasuk Dr. Abdul Hazim bin A. Gafa selaku moderator, bersama Ustaz Haji Mohd Azhar bin Samadun dari KPM Bahagian Rujukan Fatwa Jabatan Mufti Johor, Ustazah Hajah Zanariah binti Mohd Don dari PHEI Bahagian Fatwa, serta Puan Nur Ain Suffia binti Syamsul Eamran, Pegawai Farmasi Hospital Sultan Ismail. Perbincangan meliputi fatwa dan fiqh berkaitan puasa, termasuk isu penggunaan ubat-ubatan, rawatan kesihatan, dan perkara yang membatalkan atau tidak membatalkan puasa.
Diharapkan podcast ini dapat memberikan manfaat kepada masyarakat dalam memahami fatwa dan hukum berkaitan puasa serta aspek perubatan yang sering menjadi persoalan. Dengan pencerahan daripada panel yang berpengalaman, diharapkan umat Islam dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih yakin dan berlandaskan ilmu yang sahih.













Hari Ini : 16
Bulan Ini : 1974
Tahun Ini : 84502
Jumlah Pengunjung : 222894