Mesyuarat Mushaf Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim

30 September 2024 | Isnin
Jabatan Mufti Johor telah mengadakan satu mesyuarat bagi melengkapkan penyediaan Mushaf Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bertempat di Dewan Multaqa Dato’ Syed Salim Ahmad Al-Attas. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh SS YB Dato’ Haji Yahya bin Haji Ahmad Mufti Negeri Johor dan dihadiri oleh Jawatankuasa terpilih.
Mesyuarat ini membincangkan beberapa perkara penting, termasuklah penetapan isi-isi terakhir dalam penyusunan mushaf Al-Quran tersebut, dengan meneliti serta menyempurnakan segala aspek tafsiran dan penyampaian makna yang tepat. Selain itu, pemilihan warna kulit mushaf juga menjadi fokus perbincangan, di mana keputusan dibuat bagi memastikan ia selaras dengan menjaga kemuliaan Al-Quran yang bakal diterbitkan.