Mufti Bersama Masyarakat di Daerah Kluang
MACHAP, 4 April 2024 bersamaan 24 Ramadan 1445. Jelajah Program Mufti bersama masyarakat memasuki kali ke 2 untuk tahun 2024 dan kali ini telah berkunjung ke Masjid Ubudiyyah Kampung Seri Machap, Simpang Renggam.
Disebelah siang warga kerja Jabatan Mufti Johor bersama pegawai pentafsir daerah/imam daerah yg mewakili Persatuan Pegawai Agama Islam Negeri Johor bergotong-royong memasak bubur lambuk resepi istimewa ” Teluk Belangah” untuk diedarkan kepada masyarakat setempat. Manakala disebelah malam pula hadirin berpeluang untuk berbuka puasa bersama Timbalan Mufti Negeri Johor dan warga kerja Jabatan Mufti Johor.
Majlis dimulai dengan bacaan tahlil yang dipimpin oleh Al-Fadil Ustaz Syaker Naim bin Aris, Imam Daerah Kluang dan seterusnya Tausiah yang disampaikan oleh Sohibus Somahah YB. Dato’ Haji Ahmad Faisal bin Mohamed, Timbalan Mufti Negeri Johor. Turut hadir dalam majlis ini Assyeikh Haji Sabaruddin Bin Isnin Kadi daerah kluang,
Encik Razak Bin Saroni Ketua Kampung Perak dan rangkaian, Haji Zainal bin ahmad pengerusi masjid dan ahli kariah setempat.
Dalam majlis ini seramai 80 orang asnaf telah diraikan dengan penyampaian tunai bantuan hari raya dan bungkusan keperluan asas daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor. Dalam majlis tersebut juga seramai 10 orang anak yatim telah diraikan dengan pemberian duit raya yang disediakan oleh pihak masjid. Semoga dengan sedikit sumbangan ini mampu memberikan sinar kegembiraan untuk menyambut Aidilfitri yang bakal menjelma nanti.