Kunjungan Hormat Timbalan Ketua Polis Negara 9 Julai 2023 (Ahad)
Alhamdulillah pada hari Ahad 9 Julai 2023 bersamaan 20 Zulhijjah 1444H, Jabatan Mufti Johor berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan bin Mydin Pitchay. Jabatan Mufti Negeri Johor yang diketuai oleh Sohibus Samahah YB Dato’ Haji Yahya bin Haji Ahmad, Mufti Negeri Johor telah menyambut ketibaan delegasi pada jam 9.00 pagi di pintu gerbang Pusat Islam Iskandar Johor.
Majlis turut dihadiri oleh Tuan Haji Jamaludin bin Haji A.Hamid (Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor), YAA Tuan Haji Muhammad Khaldun bin Mohamad Sharif (Ketua Hakim Syarie Negeri Johor), Tuan Haji Ismail bin Haji Abu (Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor, Tuan Haji Ahmad Wafi bin Abdullah (Pengarah Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Johor), pegawai-pegawai kanan serta kakitangan Jabatan Mufti Negeri Johor dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
Jabatan Mufti Negeri Johor mengucapkan tahniah di atas pelantikan Datuk Seri Ayob Khan bin Mydin Pitchay sebagai Timbalan Ketua Polis Negara mulai 23 Jun 2023, dan mendoakan pasukan Polis DiRaja Malaysia terus cemerlang menjalankan amanah serta tanggungjawab mempertahankan keselamatan negara Malaysia.