Entries by webmaster

Seminar Pendidikan Falak 2022M

8 Nov 2022M bersamaan 13 Rabiul Akhir 1444H. Telah berlangsung dengan jayanya Seminar Pendidikan Falak 2022M anjuran Jabatan Mufti Johor dengan kerjasama Pusat Islam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Seramai 250 orang peserta telah terpilih untuk menyertai seminar kali ini terdiri daripada guru-guru Kementerian Pelajaran Malaysia, guru-guru agama kerajaan Johor, guru-guru takmir Negeri Johor […]

Lawatan Kerja Jabatan Mufti Negeri Sembilan Ke Jabatan Mufti Johor

Jabatan Mufti Johor telah menerima kunjungan dari Jabatan Mufti Negeri Sembilan pada 24 November 2022 (Khamis) yang diketuai oleh Sahibul Fadilah, Ustaz Amran Awaludin, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus bersama  Ahli Jawatankuasa Fatwa Kerajaan Negeri Sembilan, Ahli Jawatankuasa Isu-Isu Kontemporari Islam Negeri Sembilan serta kakitangan Jabatan Mufti Negeri Sembilan. Lawatan kerja ini […]

Perbincangan Bersama Wakil Dari Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru Berkenaan Hukum Pendermaan Dan Pemindahan Organ

Jabatan Mufti Johor telah menerima kunjungan dari Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru seramai empat orang yang diketuai oleh Doktor Nor Diyanah binti Ahmad, Ketua Koordinator Unit Perolehan Organ Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru bagi mendapatkan penjelasan daripada Mufti Negeri Johor berkenaan Hukum Pemindahan dan Pendermaan Organ.

Bengkel Penyediaan Takwim Miladi Dan Data Solat Tahun 2023

Telah berlangsung dengan jayanya Bengkel Penyediaan Takwim Miladi Dan Data Solat Tahun 2023 pada 20-22 September 2022 anjuran Bahagian Falak Jabatan Mufti Johor. Bengkel telah dirasmikan oleh SS YB Dato’ Hj Ahmad Faisal bin Mohamed (Timbalan Mufti Johor). Mudahan takwim miladi & data solat tahun 2023 yang masih dalam proses penyediaan dapat dimanafaatkan untuk umat […]