Bengkel Penyeragaman Dan Pengemaskinian Jawapan Kemusykilan Agama
BENGKEL PENYERAGAMAN DAN PENGEMASKINIAN JAWAPAN KEMUSYKILAN AGAMA
ISKANDAR PUTERI, 10–11 Ogos 2026 – Jabatan Mufti Negeri Johor melalui Bahagian Rujukan Fatwa telah mengadakan Bengkel Penyeragaman dan Pengemaskinian Jawapan Kemusykilan Agama bertempat di Sunway Hotel Big Box, Iskandar Puteri, Johor.
Bengkel ini dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Dato’ Haji Yahya bin Haji Ahmad, Mufti Negeri Johor dan diadakan bagi memperkemas serta meningkatkan kualiti penyediaan jawapan kemusykilan agama.
Antara fokus utama bengkel ialah semakan dan pengemaskinian kandungan, penyeragaman format jawapan serta ketepatan dalil dan rujukan, supaya jawapan yang disediakan lebih tersusun, jelas, tepat dan mudah difahami oleh masyarakat.
Bengkel ini juga menjadi platform perbincangan bersama dalam memastikan setiap jawapan kemusykilan agama berpandukan sumber yang berautoriti serta selaras dengan hukum syarak dan ketetapan yang berkuat kuasa di Negeri Johor.
Semoga usaha ini dapat terus memperkukuh perkhidmatan rujukan hukum Islam kepada masyarakat.
#JabatanMuftiNegeriJohor
#BahagianRujukanFatwa
#KemusykilanAgama
#BengkelPenyeragaman








