Lawatan Dan Tinjauan Rasmi Mufti Negeri Johor Ke Masjid Al-muhajirin, Sedenak

LAWATAN DAN TINJAUAN RASMI MUFTI NEGERI JOHOR KE MASJID AL-MUHAJIRIN, SEDENAK

Selasa | 4 Ogos 2026 – SS YB Dato’ Haji Yahya bin Haji Ahmad, Mufti Negeri Johor telah mengadakan lawatan dan tinjauan rasmi ke Masjid Al-Muhajirin, Sedenak, Kulai bagi meneliti permohonan fatwa berkaitan penggunaan bangunan baharu masjid berkenaan.

Ketibaan beliau telah disambut oleh As-Syeikh Tuan Haji Hamizan bin Sayuti, Kadi Daerah Kulai bersama Pengerusi Masjid Al-Muhajirin, Sedenak.

Turut hadir ialah SF Tuan Haji Baharin bin Jalal, Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa, Ustaz Abdul Manaf bin Wahab, Imam Daerah Kulai, Ustaz Muhammad Faisal bin Idris, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Ustaz Arif bin Hamdan, Pembantu Hal Ehwal Islam, Ustaz Rumaizi bin Mohd Derapar dan Ustaz Mohamad Fahmiudin bin Jamian daripada Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Johor.

Lawatan tersebut turut melibatkan sesi penerangan, tinjauan bangunan serta penelitian terhadap perkara-perkara berkaitan bagi membantu proses pertimbangan hukum dan keputusan yang sewajarnya.

#JabatanMuftiJohor #MuftiNegeriJohor #MasjidAlMuhajirin #BahagianFatwa #Sedenak #Kulai