Lawatan Ke Surau Kampung Parit Raja Baroh, Gerisik, Tangkak

Rabu |24 Jun 2026
Alhamdulillah pada rabu yang lalu, Jabatan Mufti Johor telah melaksanakan satu sesi lawatan bagi permohonan fatwa penggunaan bangunan baru bagi Surau Kampung Parit Raja Baroh, Tangkak.

Lawatan ini diketuai oleh Sahibul Fadilah Tuan Hj. Baharin bin Jalal, Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Johor.

Lawatan ini disambut oleh Tuan Kadi Daerah Tangkak, Pegawai Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau JAINJ, Penyelaras Masjid dan Surau daerah Tangkak serta ahli jawatankuasa surau.

Tujuan lawatan ini adalah memastikan semua perkara yang berkaitan dengan permohonan fatwa menggunakan bangunan baru bagi surau tersebut dapat dipatuhi sepenuhnya.