Lawatan Ke Tapak Cadangan Masjid Makam Lubuk Batu, Segamat
LAWATAN KE TAPAK CADANGAN MASJID MAKAM LUBUK BATU, SEGAMAT
Khamis |24 September 2026
Alhamdulillah pada hari Khamis yang lalu, Jabatan Mufti Johor telah melaksanakan satu sesi lawatan bagi permohonan fatwa bina baru bangunan masjid bagi Masjid Makam Lubuk Batu, Segamat.
Lawatan ini diketuai oleh Sahibus Samahah YB Dato’ Haji Yahya Bin Ahmad , Mufti Negeri Johor diiringi oleh Sahibul Fadilah Tuan Haji Baharin Bin Jalal, Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Johor.
Lawatan ini disambut oleh Tuan Kadi Daerah Segamat, Tuan Hj. Mohd Azhar Bin Samadun, serta Jawatankuasa Masjid Makam Lubuk Batu.
Tujuan lawatan ini adalah memastikan semua perkara yang berkaitan dengan permohonan fatwa bina baru bangunan bagi masjid dan baik pulih struktur bangunan di Tanah Perkuburan Kg Makam Lubuk Batu dapat dipatuhi sepenuhnya.








