Lawatan Ke Masjid Pulau Aur, Mersing
LAWATAN KE MASJID PULAU AUR, MERSING
Khamis | 10 September 2026
Alhamdulillah pada hari ini, Jabatan Mufti Johor telah melaksanakan satu sesi lawatan bagi permohonan fatwa penggunaan bangunan baru bagi Masjid Pulau Aur, Mersing.
Lawatan ini diketuai oleh Sahibus Samahah Dato’ Haji Yahya Bin Ahmad, Mufti Negeri Johor.
Lawatan ini disambut oleh Tuan Kadi Daerah Mersing, Pegawai Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau JAINJ, serta ahli jawatankuasa masjid.
Tujuan lawatan ini adalah memastikan semua perkara yang berkaitan dengan permohonan fatwa menggunakan bangunan baru bagi masjid tersebut dapat dipatuhi sepenuhnya.








