Seminar Pendidikan Fatwa Negeri Johor 2026 (Zon Utara)
SEMINAR PENDIDIKAN FATWA NEGERI JOHOR 2026 (ZON UTARA)
SEGAMAT, 24 September 2026 – Jabatan Mufti Negeri Johor telah menganjurkan Seminar Pendidikan Fatwa Negeri Johor 2026 (Zon Utara) bertemakan “Penjelasan Fatwa Berkaitan Akidah dan Ibadah” bertempat di Dewan Serbaguna Taman Yayasan, Segamat.
Seminar ini melibatkan penyertaan masyarakat daripada lima daerah, iaitu Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Tangkak yang bertujuan meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap keputusan fatwa Negeri Johor, khususnya berkaitan pemeliharaan akidah dan pelaksanaan ibadah.
Antara pengisian seminar ialah penjelasan mengenai fahaman moden yang berselindung di sebalik program motivasi, pembangunan diri dan aktiviti kesejahteraan, di samping penerangan hukum berkaitan solat bagi orang yang uzur, solat musafir serta isu-isu ibadah yang sering menjadi persoalan masyarakat.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Anuar bin Abdul Manaf, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor.
Turut hadir ialah SS YB Dato’ Haji Yahya bin Ahmad, Mufti Negeri Johor, YB Dato’ Zahari bin Sarip, Speaker Dewan Negeri Johor merangkap ADUN Buloh Kasap; As-Syeikh Haji Mohd Azhar bin Samadun, Kadi Daerah Segamat; serta Kadi Daerah Tangkak.
Jabatan Mufti Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para tetamu kehormat, pembentang, peserta, urus setia serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan seminar ini.
Semoga ilmu yang diperoleh menjadi pedoman dalam memelihara akidah dan menyempurnakan ibadah berlandaskan syariat Islam.
“Memahami Fatwa, Memelihara Akidah, Menyempurnakan Ibadah.”
#JabatanMuftiNegeriJohor #SeminarPendidikanFatwa2026 #FatwaNegeriJohor #Segamat





