Tafaqquh Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Di Sekolah-Sekolah Negeri Johor
TAFAQQUH AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DI SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR
Alhamdulillah, telah berlangsung Program Tafaqquh Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di SMK Ulu Tiram pada 18 September 2026.
Program ini menyasarkan para pelajar menengah bawah SMK Ulu Tiram sebagai golongan yang perlu diberikan kefahaman dan penghayatan akidah sejak di bangku persekolahan. Pendedahan awal ini penting bagi membentuk jati diri Muslim yang berpegang teguh kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah serta mampu menghadapi cabaran pemikiran dan penyebaran fahaman yang tidak selari dengan ajaran Islam.
Semoga para pelajar mendapat manfaat, terus mengukuhkan akidah serta mampu menyebarkan ilmu dan kefahaman yang benar kepada rakan-rakan dan generasi akan datang.




