Kunjungan Hormat Daripada JUPEM
Seminar Pendidikan Falak 2022M
8 Nov 2022M bersamaan 13 Rabiul Akhir 1444H.
Telah berlangsung dengan jayanya Seminar Pendidikan Falak 2022M anjuran Jabatan Mufti Johor dengan kerjasama Pusat Islam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Seramai 250 orang peserta telah terpilih untuk menyertai seminar kali ini terdiri daripada guru-guru Kementerian Pelajaran Malaysia, guru-guru agama kerajaan Johor, guru-guru takmir Negeri Johor dan kakitangan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Seminar telah dirasmikan oleh SS YB Dato’ Hj Ahmad Faisal bin Mohamed (Timbalan Mufti Johor) selaku wakil rasmi kepada Mufti Johor.
Bengkel Penyediaan Takwim Miladi Dan Data Solat Tahun 2023
Telah berlangsung dengan jayanya Bengkel Penyediaan Takwim Miladi Dan Data Solat Tahun 2023 pada 20-22 September 2022 anjuran Bahagian Falak Jabatan Mufti Johor.
Bengkel telah dirasmikan oleh SS YB Dato’ Hj Ahmad Faisal bin Mohamed (Timbalan Mufti Johor).
Mudahan takwim miladi & data solat tahun 2023 yang masih dalam proses penyediaan dapat dimanafaatkan untuk umat islam khusunya di Negeri Johor kelak.
Majlis Cerapan Rasmi Hilal Syawal 1443H
Alhamdulillah pada 1 Mei 2022 bersamaan dengan 29 Ramadhan 1443H , Jabatan Mufti Johor telah mengadakan Majlis Cerapan Hilal Syawal 1443H bertempat di Bangunan Sultan Ismail Pontian Johor.
Majlis ini turut dihadiri oleh YB Mohd Fared bin Mohd Khaled Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Negeri Johor, YB Mufti Negeri Johor, SS YB Timbalan Mufti Negeri Johor, YB Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, serta wakil-wakil jabatan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin dan tahlil serta diikuti dengan rukyah hilal syawal.
Semoga amal ibadah di bulan ramadhan akan diterima Allah.
Majlis Cerapan Hilal Ramadhan 1443H
Alhamdulillah pada 1 April 2022 bersamaan dengan 28 Syaaban 1443H , Jabatan Mufti Johor telah mengadakan Majlis Cerapan Hilal Ramadhan 1443H bertempat di Bangunan Sultan Ismail Pontian Johor.
Majlis ini turut dihadiri oleh YB Mohd Fared bin Mohd Khaled Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Negeri Johor dan Isteri, SS Mufti Negeri Johor, YB Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, KPE MAINJ dan Ketua Hakim Syarie Negeri Johor serta wakil-wakil jabatan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin dan tahlil serta diikuti dengan rukyah hilal ramadhan.
Majlis Cerapan Rasmi Hilal Zulhijjah 1443H
Alhamdulillah pada 29 Jun 2022 bersamaan dengan 29 Zulkaedah 1443H , Jabatan Mufti Johor telah mengadakan Majlis Cerapan Hilal Zulhijjah 1443H bertempat di Bangunan Sultan Ismail Pontian Johor.
Majlis ini turut dihadiri oleh YB Mohd Fared bin Mohd Khaled Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Negeri Johor, YB Mufti Negeri Johor, YAA Ketua Hakim Syarie Negeri Johor, SS YB Timbalan Mufti Negeri Johor, Ketua Pendakwa Syarie Negeri Johor serta wakil-wakil jabatan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin dan tahlil serta diikuti dengan rukyah hilal Zulhijjah
Semoga ibadah korban pada tahun ini akan diterima Allah.
Penentuan semula arah kiblat untuk Masjid Kg Mahmoodiah, Johor Bahru
Dahulunya bertaraf surau. Telah dibina pada tahun 1926 dan melalui beberapa fasa pembaikan sebelum akan dibina semula di tapak yang sama.
Penentuan arah kiblat telah dilakukan oleh Ustaz Hj Asri Jaafar (Ketua Unit Kiblat, Bhg Falak, Jabatan Mufti Johor)
Semoga dipermudahkan segala urusan pembinaan masjid tersebut.
Majlis Perletakan Batu Asas Pusat Astronomi Johor Pontian
Negeri Johor bakal melakar sejarah dengan adanya Perletakan Batu Asas Pusat Astronomi Johor yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Ir Haji Hasni bin Mohammad pada hari ini Isnin 15 November 2021 bersamaan 10 Rabiulakhir 1443H.
Jabatan Mufti Johor sebagai rakan strategik dalam menggerakkan idea penubuhan dan pembangunan pusat tersebut berharap agar hasrat ini akan dipermudahkan oleh Allah SWT.
Kaedah Penentuan Awal Ramadan Dan Hari Raya Di Malaysia
Penentuan awal Ramadan dan hari raya di Malaysia serta sebahagian negara di rantau Asia Tenggara dan beberapa negara Islam yang lain adalah menggunakan keadah pencerapan dan pengiraan atau lebih dikenali sebagai rukyah dan hisab.
Antara kandungan resolusi daripada Persidangan Hilal Negara-Negara Islam di Istanbul pada tahun 1978 menyebut ‘hukum asal adalah dengan melihat anak bulan, sama ada dengan mata fizikal atau menggunakan instrument moden; menggunakan pengiraan astronomi bagi menentukan awal bulan dengan syarat hilal berada di atas ufuk dan boleh kelihatan selepas waktu matahari terbenam’.
Bagi menentukan kemungkinan penampakan hilal (Imkanur Rukyah) beberapa kreteria telah ditetapkan.
Melalui kaedah penyelarasan rukyah dan hisab ini, tarikh mencerap hilal ditetapkan pada hari ke-29 bulan Hijrah.
Pengumuman mengenai tarikh mencerap hilal akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja bersama senarai tempat melihat hilal yang rasmi.
Pada tarikh tersebut perwakilan rasmi yang akan diketuai oleh SS Mufti Negeri bersama jawatankuasanya akan melakukan cerapan hilal di lokasi yang telah ditetapkan.
Sama ada hilal kelihatan dengan jelas atau tidak kelihatan, hilal akan dianggap kelihatan dari segi hisab jika ia memenuhi kreteria Imkanur Rukyah.
Pengumuman mengenai tarikh berpuasa dan berhari raya akan diumumkan melalui media massa oleh Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja sebaik sahaja menerima laporan dari seluruh Negara.
Sebahagian negara lain, pihak berkuasa mereka menetapkan kaedah rukyah semata-mata pada penentuan awal Ramadan dan hari raya. Bermaksud, jika pada hari cerapan hilal tidak dapat dilihat, maka pada keesokan harinya menjadi hari ke 30hb.
Maka tidak hairanlah, ada perbezaan permulaan Ramadan dan hari raya antara negara-negara oleh sebab berbeza kaedah penetapan.
Sebagai rakyat yang menetap disesebuah negara, wajib ikut dan patuh pada penetapan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa negara(Ulul Amri).
Penafian
Jabatan Mufti Johor tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Statistik Pengunjung
Hari Ini : 24
Bulan Ini : 24
Tahun Ini : 14487
Jumlah Pengunjung : 238138Tarikh Kemaskini:
Hubungi Kami
Jabatan Mufti Johor
Blok A, Tingkat 3,
Pusat Islam Iskandar Johor,
Jalan Masjid Abu Bakar
80990 Johor Bahru, Johor
Phone: 07-207 6500
Fax: 07-207 6501
E-mail: muftijohor@johor.gov.my






































































