Program Pengukuhan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Peringkat Daerah Batu Pahat pada hari ini Rabu 9 Ogos 2023 bertempat di Masjid Jamek Kg Parit Baru Seri Medan Batu Pahat

Alhamdulillah, Jabatan Mufti Johor telah berjaya melaksanakan Program Pengukuhan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Peringkat Daerah Batu Pahat pada hari ini Rabu 9 Ogos 2023 bertempat di Masjid Jamek Kg Parit Baru Seri Medan Batu Pahat.

Program ini diadakan satu mini forum oleh SS YB Dato’ Haji Yahya bin Ahmad Mufti Negeri JOHOR dan SS YB Dato’ Haji Ahmad Faisal BIN Mohamed Timbalan Mufti Negeri JOHOR serta dipengerusikan oleh Kadi Daerah Batu Pahat. Ianya bertujuan memperkukuh pegangan Akidah dikalangan umat Islam dan menyebarluaskan fatwa² serta menyampaikan kesesatan ajaran yg menyeleweng daripada Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Aliran AlAsyairah Dan Al Maturidiyyah.

Program yang bermula selepas solat maghrib ini diserikan dengan kehadiran YB Tuan HAJI Mohd Fared bin Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Negeri JOHOR dan Pegawai Daerah Batu Pahat.

Program berakhir pada jam 10.00 malam. Semoga memberi manfaat kepada Muslim Dan muslimat di sekitar Seri Medan.