Program Fenomena Istiwa’ A’zam 2024M
JOHOR BAHRU | 15 Julai 2024 / 9 Muharram 1446H – Jabatan Mufti Johor telah mengadakan program sempena Fenomena Istiwa’ A’zam bertempat di Sek Agama Dato’ Omar Yusof, Johor Bahru, Johor. Program melibatkan asatizah dan pelajar-pelajar darjah 5 dan 6.
Program dimulakan dengan sesi taklimat seterusnya praktikal kaedah penentuan arah kiblat.
Ini merupakan pengalaman pertama dan bermakna terutamanya kepada pelajar-pelajar kerana dapat mengetahui keadah yang tepat dan mudah untuk menentukan arah kiblat.
Terima kasih kepada Ustazah Hjh Zaharah bte Mat Reshit (Guru Besar), guru-guru dan pihak Sekolah Agama Dato’ Omar Yusof atas kerjasama yang diberikan.