Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor Kali Ke-351 Bil. 4/2026
MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI JOHOR KALI KE-351 BIL. 4/2026
Alhamdulillah, telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor Kali Ke-351 Bil. 4/2026 pada 14 Oktober 2026 (Rabu) bertempat di Le Grandeur Palm Resort, Senai.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Dato’ Haji Yahya Bin Ahmad, Mufti Negeri Johor bagi membincangkan serta memutuskan pelbagai garis panduan hukum dan isu semasa merangkumi kewangan, perniagaan Muslimah, perundangan Syariah merentas sempadan digital, penghormatan kalimah Allah, bioetika perubatan, serta zakat.
Antara fokus utama perbincangan merangkumi:
- Pandangan hukum berkaitan Gantian Cuti Rehat (GCR) bagi penjawat awam.
- Pengoperasian perniagaan salun Muslimah di bawah Waqaf An-Nur Corporation Berhad.
- Pindaan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah berkaitan bidang kuasa pendakwaan kesalahan elektronik.
- Kedudukan dan penghormatan kalimah Allah di luar bangunan masjid serta surau.
- Penggunaan teknologi DNA rekombinan bagi penghasilan insulin manusia.
- Kaedah Zakat Al-Mustaghallat bagi tabung unit amanah ASNB.
Semoga segala keputusan yang dicapai menjadi panduan yang sah, kukuh, serta membawa keberkatan buat seluruh rakyat Negeri Johor.




