Perbarisan Dan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Kali Ke-69 Peringkat Negeri Johor
KONTINJEN JABATAN MUFTI JOHOR SERTAI PERBARISAN DAN PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KALI KE-69 PERINGKAT NEGERI JOHOR
Isnin | 31 Ogos 2026 seramai 35 orang kontinjen dari Jabatan Mufti Johor telah menyertai Perbarisan dan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Kali Ke-69 Peringkat Negeri Johor Tahun 2026 yang berlangsung di Dataran Tanjung Emas, Muar.
Kontinjen Jabatan Mufti Johor telah diketuai oleh Tn. Hj. Fakhrurrazi bin Yusof, dengan penyertaan warga jabatan yang tampil penuh semangat, disiplin dan komitmen dalam menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.
Penyertaan ini mencerminkan semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan terhadap tanah air, di samping memperkukuh semangat kebersamaan warga Jabatan Mufti Johor bersama seluruh Bangsa Johor.
Semoga semangat kemerdekaan terus subur dalam jiwa, menjadi pemangkin kepada usaha membina negeri dan negara yang aman, maju serta sejahtera.
Malaysia MADANI : Kesejahteraan Dinikmati
Selamat Hari Kebangsaan. Merdeka! Merdeka! Merdeka!
#JabatanMuftiJohor
#SambutanHariKebangsaan
#BangsaJohor
#Muar
#MajuJohor

