Mufti Bersama Masyarakat Di Felda Sri Jaya Tangkak

Alhamdulillah, Jabatan Mufti Johor telah berjaya melaksanakan Program Mufti Bersama Masyarakat Peringkat Daerah Tangkak pada hari ini Ahad 3 Sept 2023 bertempat di Felda Sri Jaya Tangkak.
Program ini bermula dari jam 8.00 pagi dengan aktiviti gotong royong di tanah perkuburan dan pengukuran arah kiblat beberapa tempat seperti sekolah dan surau. Sebelah petang diadakan agihan barang keperluan kepada mereka yang memerlukanbdan aktiviti sukan bersama penduduk. Kemuncak program ini selepas maghrib diadakan ceramah perdana oleh SS YB Dato’ Haji Yahya bin Ahmad Mufti Negeri Johor.
Program berakhir pada jam 10.30 malam. Semoga memberi manfaat kepada muslimin Dan muslimat di Felda Sri Jaya Tangkak.