Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor Kali Ke-97 Bil. 3/2026
MESYUARAT KHAS JAWATANKUASA FATWA NEGERI JOHOR KALI KE-97 BIL. 3/2026
Alhamdulillah, pada 15 Oktober 2026 (Khamis), telah bersidang Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor Kali Ke-97 Bil. 3/2026 yang bertempat di Le Grandeur Palm Resort ,Senai.
Sidang khas ini menumpukan perbincangan strategik berhubung kelestarian ekonomi dan kewangan Islam Negeri Johor bagi tahun akan datang.
Antara agenda utama yang dibincangkan:
- Pertimbangan fatwa bagi Belanjawan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Tahun 2027.
- Pembentangan khas isu kewangan zakat bersama Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPENJ).
Penyelarasan dan pertimbangan hukum ini amat penting bagi memastikan agihan dan pengurusan harta umat Islam dilaksanakan secara cekap, telus, dan mematuhi prinsip Syariah demi kesejahteraan ummah.








