Program Pengukuhan Akidah Peringkat Sekolah
PROGRAM PENGUKUHAN AKIDAH PERINGKAT SEKOLAH
SMK Bukit Pasir, Muar
17 September 2026
Jabatan Mufti Johor telah mengadakan Program Pengukuhan Akidah Peringkat Sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Pasir, Muar.
Program ini disampaikan oleh Ustaz Mohamad Samsul Akram bin Alias, Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Mufti Johor.
Program ini bertujuan memperkukuh kefahaman dan penghayatan akidah dalam kalangan para pelajar, khususnya berteraskan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, serta membimbing generasi muda agar mempunyai pegangan agama yang kukuh dalam mendepani pelbagai cabaran semasa.
Semoga program ini menjadi wadah dalam membentuk generasi muda yang berilmu, berakhlak dan teguh pegangan akidah.
Jabatan Mufti Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan, para guru serta seluruh warga SMK Bukit Pasir, Muar atas kerjasama, sambutan dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini.
Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan dalam usaha bersama memperkukuh kefahaman agama dan membentuk generasi muda yang berilmu, berakhlak serta teguh pegangan akidah.
Terima kasih atas segala kerjasama dan layanan yang diberikan. Semoga Allah SWT membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.
#JabatanMuftiJohor #ProgramPengukuhanAkidah #AkidahAhliSunnahWalJamaah #SMKBukitPasir #Muar #GenerasiMuda #PendidikanIslam




