Mesyuarat Penyelarasan Majlis Pengkisahan Sejarah Institusi Mufti Negeri Johor Dan Pelancaran Buku Legasi Mufti-mufti Negeri Johor
MESYUARAT PENYELARASAN MAJLIS PENGKISAHAN SEJARAH INSTITUSI MUFTI NEGERI JOHOR DAN PELANCARAN BUKU LEGASI MUFTI-MUFTI NEGERI JOHOR
17 September 2026 | Mesyuarat Penyelarasan Majlis Pengkisahan Sejarah Institusi Mufti Negeri Johor dan Pelancaran Buku Legasi Mufti-Mufti Negeri Johor telah diadakan di Dewan Syura, Pusat Islam Iskandar Johor.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha Dato’ Haji Ahmad Faisal bin Mohamed, Timbalan Mufti Johor, Dr. Ariffin bin Santol, Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Johor, Haji Fakhrurrazi bin Yusof, Ketua Penolong Mufti Bahagian Rujukan Fatwa serta pegawai-pegawai daripada pelbagai agensi yang terlibat dalam usaha penyelarasan dan persiapan menjayakan program berkenaan.
Mesyuarat ini diadakan bagi memperincikan aspek penyelarasan program yang bakal mengetengahkan sejarah perkembangan Institusi Mufti Negeri Johor serta legasi dan sumbangan Mufti-Mufti Negeri Johor dalam perkembangan hal ehwal Islam di negeri ini.
Kerjasama antara Jabatan Mufti Johor, Arkib Negara Malaysia dan pelbagai agensi berkaitan ini mencerminkan komitmen bersama dalam memelihara, mendokumentasikan dan mengangkat warisan sejarah serta keilmuan Islam Negeri Johor.
#JabatanMuftiJohor #MuftiJohor #LegasiMuftiMuftiJohor #SejarahInstitusiMufti #ArkibNegaraMalaysia #WarisanIslamJohor #PusatIslamIskandarJohor






