Lawatan Kerja Dan Program Jalinan Ukhuwah Tautan Mahabbah Jabatan Mufti Johor Bersama Jabatan Mufti Negeri Perak

Alhamdulillah pada hari Isni 22 Mei 2023 bersamaan 2 Zulkaedah 1444H, Jabatan Mufti Negeri Johor amat berbesar hati dengan lawatan kerja Jabatan Mufti Negeri Perak yang diketuai oleh Yang Berbahagia Sohibus Samahah Dato’ Haji Wan Zahidi Bin Wan Teh Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan. Deligasi Jabatan Mufti Negeri Perak seramai 10 orang berada di Negeri Johor selama dua hari. Jabatan Mufti Negeri Johor yang diketuai oleh Sohibus Samahah Dato’ Haji Ahmad Faisal bin Mohamed Timbalan Mufti Negeri Johor telah menyambut ketibaan deligasi pada jam 9.00 pagi di pintu gerbang Pusat Islam Iskandar Johor.

Lawatan kerja ini dimulakan dengan sesi taaruf dan taklimat oleh YB Dato’ Timbalan Mufti Negeri Johor berkaitan fungsi dan peranan Jabatan Mufti Johor dan diikuti oleh taklimat berkaitan Pengurusan Tauliah Penceramah di Negeri Johor oleh Ustaz Muhammad Bukhoruddin bin Ismail, Penolong Pengarah Bahagian Undang-undang Syariah Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Pada sebelah petang Jabatan Mufti Negeri Johor mengiringi deligasi membuat kunjung hormat di rumah YB Dato’ Dr. Nooh bin Gadot, Penasihat Agama Islam Negeri Johor merangkap Pengerusi MKI Malaysia.

Program diteruskan pada sebelah malam dengan sesi Jalinan Ukhuwah Tautan Mahabbah di Hotel Opero Johor Bahru pada jam 8.30 malam. Majlis diserikan dengan kehadiran YB Tuan Mohd Fared bin Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor dan Ketua-ketua Jabatan di bawah Portfolio Agama.
Diharapkan lawatan kerja dan program yang dilaksanakan ini dapat eratkan hubungan antara kedua-dua agensi pada masa yang sama dapat bertukar pandangan dan buah fikiran demi memajukan dan memartabatkan institusi Mufti di Negeri Johor Darul Ta’zim dan Negeri Perak Darul Ridzuan.