Lawatan Ke Surau 1 Kampung Parit Puasa, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor
28 Mac 2025 | Jumaat
Alhamdulillah Jabatan Mufti Johor telah melaksanakan satu sesi lawatan bagi permohonan fatwa menggunakan bangunan baru bagi Surau 1 Kampung Parit Puasa, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.
Lawatan ini diketuai oleh Sahibul Fadilah Tuan Haji Baharin Bin Jalal, Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Johor.
Lawatan ini disambut oleh wakil pegawai dari Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat dan ahli jawatankuasa surau. Tujuan lawatan ini adalah memastikan semua perkara yang berkaitan dengan permohonan menggunakan bangunan baru surau telah dipatuhi.















Hari Ini : 148
Bulan Ini : 1486
Tahun Ini : 84014
Jumlah Pengunjung : 222406