Lawatan Dan Tinjauan Rasmi Jabatan Mufti Johor Ke Masjid Pulau Aur, Mersing

LAWATANDAN TINJAUAN RASMI JABATAN MUFTI JOHOR KE MASJID PULAU AUR, MERSING

Rabu | 10 Jun 2026

Satu lawatan dan tinjauan telah diadakan ke Masjid Pulau Aur, Mersing oleh Sahibus Samahah Yang Berhormat Dato’ Haji Yahya bin Haji Ahmad, Mufti Negeri Johor bersama Datuk Muhd Zuhri bin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Teto Engineering Sdn. Bhd. bagi meneliti permohonan fatwa berkaitan cadangan penggunaan bangunan baharu di Masjid Pulau Aur, Mersing.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Sahibus Samahah Yang Berhormat Dato’ Haji Ahmad Faisal bin Mohamed, Timbalan Mufti Johor, Tuan Haji Yosree bin Ikhsan, Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Islam Negeri Johor serta As-Syeikh Tuan Haji Mohd Nazri bin Jamaluddin, Kadi Daerah Mersing.

Lawatan ini bertujuan mendapatkan gambaran yang lebih jelas berhubung status serta kesesuaian penggunaan bangunan berkenaan sebelum sebarang keputusan atau pandangan fatwa dibuat oleh pihak berkuasa yang berkaitan.

#jabatanmuftijohor