Kursus Penentuan Arah Kiblat (Siri Kedua) 2024
PONTIAN, 29 Julai 2024 / 23 Muharram 1446- Jabatan Mufti Johor dengan kerjasama Pejabat Kadi Daerah Pontian telah menganjurkan Kursus Penentuan Arah Kiblat bertempat di Dewan Seminar Masjid Jamek Bandar Pontian.
Kursus berkonsepkan teori dan praktikal berkaitan penentuan arah kiblat menggunakan kaedah cerapan matahari. Peserta juga didedahkan dengan isu-isu berkaitan falak yang sering menjadi persoalan masyarakat.
Seramai 130 orang peserta telah mengikuti dengan jayanya terdiri daripada Imam Qaryah, Guru Takmir, Guru Al-Quran dan Guru Agama Daerah Pontian.
Perasmian penutupan kursus telah disempurnakan oleh Sahibus Samahah Yang Berhormat Dato’ Haji Ahmad Faisal bin Mohamed (Timbalan Mufti Johor) sebagai wakil rasmi Sahibus Samahah Mufti Negeri Johor. Hadir sama As-Sheikh Tuan Haji Adam bin Ibrahim (Kadi Daerah Pontian) dan Al-Fadhil Ustaz Haji Musa bin Muda (Imam Daerah Pontian).